Saturday, March 20, 2010

Sebuah pengertian


Rentetan waktu lalu,
mendekati kesuraman diri,
Hempasan ombak biru,
Mula merekah kembali,
Di jambatan kukuh kaku menyembunyi,
Bimbang hujan bayu tampak lagi..

Di situ, ada jasad yang berdiri,
Pandangan dilempar jauh ke depan,
Makin lama hingga kabur iris tua
Hanya menjelmakan seutas sepi ,
Menumbuhkan dedaunan memutih,
Akhirnya berubah menjadi deduri..

Wayang itu berputar lagi,
Rancak memainkan watak-watak misteri,
Dalam kesamaran luput dalam dunia sendiri,
Bawa pergi kudus sisa hirisan hati..
Derita sayu mendendangkan lagu lara,
Mematikan ruh jiwa bernama manusia….


Pintanya tidak untuk didekati,
Pintanya bukan tagihkan simpati,
Jauh sekali, minta dihargai,

Langsung, digelar pencuri,
Hatinya kering,
Dambakan sebuah pengertian..
Cuba berlindung bawah hamparan kasih,
Walau ditarik pergi bila siang berkelana,
Entah, entah bila ada waktu lagi buatnya..
Moga jalan itu terhampar,
Liku yang terserlah gugusan jingga…




Lara Gazebo :11am

Friday, March 19, 2010

Akukah itu...........

Salam kembali di jurnal rindu…
Alhamdulillah, Jumaat kunjung tiba lagi. Bagai tak terasa pantasnya masa meninggalkan kita. Dalam tak sedar rupanya hanya tinggal sebulan lebih jer lagi masa yang ada untuk Perindu dan teman-teman mencedok ilmu di perbukitan UKM. Sayu hati, bila kenangkan kembali (cam lirik lagu jer) saat-saat yang telah berlalu suka dan duka, bangun jatuh, pahit dan manis semuanya tersimpul rapi menjadi satu ikatan memori buat diri Perindu. Alamak, dah mula nak berpuitis. Biarlah, kan ku biarkan dunia imaginasi itu berputar sendiri, tercalit bersama jejak langkahan sebenarku… Deringan nokia kelabu mengejutkan lamunan yang hampir tergulung indah dalam dunia persinggahan baru itu. Mesej dari bongsu ku baca perlahan-lahan dan buat diri kaku seketika, syukur ku panjatkan buatMu Ya Allah moga semuanya dalam keadaan seperti biasa. Sungguh, hati kecil ini masih belum kuat untuk menerima sebarang kemungkinan walau hakikatnya semua itu tidak mustahil terjadi. Aku berserah, akur atas semua kehendakMu. Jam menunjukkan tepat pukul 7.20 pagi, biasanya waktu begini di pagi Jumaat Perindu telah lama siap berpakaian untuk ke kuliah tapi kali ni, kuliah dibatalkan. Rajinla pulak iyea?? Pun begitu, minda ku dah lama haru biru mengenangkan projek, tugasan dan kerja-kerja sampingan yang terbengkalai. Nampaknya, hari ni takde masa untuk landing lebih-lebih kat tilam empuk, apatah lagi untuk merayap keluar kampus menikmati panorama luar biasa. Akan ku cipta sejarah hidupku hari ini, cuba mencari kelainan dari kebiasaan. Tepat jam 9.20 pagi, perlahan ku atur langkah bersama sorang teman. Bergalaskan beg sandang yang entah siapa mampu menduga beratnya tak terkata, kaki terus dihayung menuju ke Bus stop. Bagai mimpi di subuh hari, tetiba terpanggil untuk menjadi salah seorang penumpang di dalam kenderaan panjang yang sudah cukup mewah bagi sesiapa yang bergelar pelajar. Saat-saat akhir daku di kampus tercinta ini, kan ku hargai dan nikmati setiap yang ada selagi diri termampu. Sengaja kami keluar awal dari jam sepatutnya, untuk memberi kesempatan pada diri menyudahkan kertas kerja dan projek lain. Masa yang ada bagaikan tidak memadai melihatkan nota-nota dan word yang tidak habis bertaip lagi. Alhamdulillah, mujur dikurniakan sorang insan di sisi yang cukup serasi dalam banyak perkara, terasa kuat bila melihatkan semangatnya yang bagaikan tak pernah pudar. Maintain dengan sikap kelakarnya, ramah dan punya pelbagai ragam luar biasa. Syukran Hajjah,untuk semua… teruskan sikapmu begitu, kerna ia menyenangkan sesiapa. Apa2 hal pun, daku mengerti kau juga punya rasa gundah gulana, jauh terselit cuba kau sembunyikan. Itulah fitrah makhluk bergelar manusia wahai sahabat, moga kita istiqamah dalam kebaikan. Sesi perbincangan berjalan seperti biasa, terasa sedikit lega bilamana satu tugasan hampir berjaya diselesaikan, inilah lebihnya kerja secara berkumpulan tapi apa yang penting sikap keterbukaan dan tanggungjawab itu paling utama. Kalau tak, buatlah apa pun takkan menjadi. Betul tak?? Prinsip Ribena, time main kita main, time jalan-jalan kita keluar sampai malam, time study sama-sama kena steady, time kenakan orang bagi kat Perindu dah cukup..hehehe….
Sambung balik, setianya kami di laman PTSL hingga ke pukul 4.45 petang, selepas meminjam waktu seketika menunaikan tanggungjawab sebagai abid di surau lama PTSL. Perindu mencuri waktu menikmati suasana di anjung surau. Bibir mengucap sesuatu bilamana mata terpandangkan sekujur tubuh di hadapan. Rasa kerdilnya diri, melihatkan ciptaan tuhan yang teramat istimewa. Ku pandang teliti tingkah lakunya, iya…dia memang berbeza…cukup berbeza, malah terlalu istimewa. Tanpa bantuan kedua belah tangan, dia masih setia tersenyum walau juga tanpa pandangan. Maafkan aku wahai teman asing, kerna mencuri dengar kata-kata bisikan yang kau lontarkan dalam doamu. Bukan sengaja, tapi hatiku teruja dan terpanggil untuk menyelami isi hatimu. Hati ini tersentuh lagi, bila dirimu mengungkitkan satu persatu buih-buih kesalahan yang tak sengaja dilakukan oleh dirimu di hadapan Yang Maha Esa. Sedangkan pada penafsiranku, ianya bukanlah apa-apa. Biarlah ku rakam secara peribadi dan simpan dalam-dalam keluhuran katamu itu, moga jadi azimat buat diri. Betapa mulianya hatimu sahabat, kudusnya ruh imanmu, membuat aku kembali mencermin diri. Insan yang sesempurna fizikal sepertiku sungguh teramat banyak lubang-lubang kecacatan yang tak tertampung dek iman yang tak seberapa. Dalam langkahan yang payah itu, walau tiada siapa yang menjadi penemanmu sebagaimana aku yang sentiasa dikelilingi teman, kau tetap bangkit menyusun atur perjalanmu, masih teruja mengaut mutira ilmu dan cabang-cabang iman kau teguhkan dengan keyakinan teguh pada Dia yang satu. Biarkan dunia memandangmu tak seberapa, namun di sisi Tuhan kau lebih segalanya. Sesudah itu, aku bangkit mengatur langkah membawa diri sedang fikiran menerawang entah kemana, kaki laju menuju ke tempat persinggahan yang di situ ada wajah setia menanti kelibat suramku. Walau persekitaran berubah, namun perjuangan hari ini kena teruskan juga. kosongnya perut sudah dialaskan dengan beberapa tongkol keropok lekor Terengganu dan sebotol mineral water sebelum masing-masing mempersiapkan diri ke surau tadi. Itu yang membuatkan diri masih mampu bertahan. Bila dipandang kanan dan kiri, wajah-wajah sekeliling bertukar ganti datang dan pergi, tinggallah dua bayangan insan yang masih kaku di bangku tepian sana. Tepat jam 5 petang masing-masing berkejaran di sebalik lautan manusia, khuatir terlepas kenderaan panjang. Hakikatnya, hari ini adalah membawa kelainan buat diri Perindu. Mungkin bagi yang lain melihat tiada istimewanya entry kali ni. Andai kalian berada di tempat Perindu, baru kalian sedar betapa istimewanya Jumaat ini… Alhamdulillah wa syukrulillah, masa ku terjaga, tugasan siap bertaip, ukhwah sesama teman Ribena bertaut mesra, dan yang paling penting…Ditemukan PENAWAR dari Ilahi dalam waktu kegetiran melanda jiwa seorang insan yang merindukan sesuatu. Bersama muhasabah diri, menjahit sejadah iman yang lusuh terkoyak.

Wallahu’alam…..


Thursday, March 18, 2010

April Fool

- Mengungkap Tragedi Penyembelihan Umat Islam Sepanyol-



Pada setiap tanggal 1 April, ada sahaja orang (terutama anak-anak muda) yang merayakan hari tersebut dengan membuat pelbagai kejutan atau sesuatu aneh yang di luar jangkaan. April Fools Day, demikian orang Barat menyebut hari tanggal 1 April. Namun, tahukah anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah pembantaian tentera Salib terhadap kaum Muslim Sepanyol yang memang didahului dengan upaya penipuan? Inilah sejarahnya yang disalin kembali sebahagiannya dari buku “Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Halloween: So What?”

Sejarah April Fool


Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.

Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya. Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.




Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam. Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.

Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentera Salib.


Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar. Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus. Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.

Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam. April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tidak Layak Dirayakan kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.


Sunday, March 14, 2010

Menangislah diri…

Egokah aku untuk semua yang berlaku selama ini. Mengapa hari demi hari hati ini makin hambar, tiada sensitiviti terhadap kekacauan sekeliling. Bukan sengaja ku tidak mengendahkan, apatah lagi menyakitkan hati seorang insan. Hakikatnya, aku juga yang tersepit dan sering dipersalahkan. Ruang dan peluang telah lama ku buka, mengapa tidak dipersoalkan. Biarlah, selama ini ditahan dan cuba sembunyikan rasa itu. Namun, hari ini aku kalah. Siapalah diri, melainkan terlalu lemah andai kesorangan. Akar kekuatan sudah makin tidak mampu menampung bebanan ini. Biarlah, aku menangis sepuasnya. Hujan jernih ku biar laju mengatur rentak. Ingin aku lontarkan sebak itu, keluarkan kepahitan tersembunyi. Biarlah hati ku terpujuk sendiri. Orang kata, menangis itu melemahkan emosi, lebih lagi buat seorang lelaki. Sedangkan mereka lupa, aku dan mereka yang menangis juga makhluk hidup. Makhluk yang perlu mengungkapkan isi hati dan perasaan, makhluk yang ingin hilangkan kesedihan. Sedarlah dunia, tangisan yang aku lahirkan bukanlah tanda kelemahanku, tapi luahan bebanan yang tersimpan dalam batinku. Sesungguhnya, mengapa perlu malu untuk menangis dalam situasi yang perlu? Menangislah hati, kerna hanya hati yang merasai…..

Sedikit perkongsian info berkaitan “ Tangisan Dari Sudut Perubatan“:

1. Menyahkan zat berbahaya dari tubuh badan. Menangis merupakan kaedah semulajadi untuk mengeluarkan zat-zat kimia yang berbahaya daripada tubuh manusia. Zat-zat kimia ini dihasilkan oleh tubuh ketika dalam ketakutan.

2. Meningkatkan kadar degupan jantung. Ianya dianggap sebagai latihan yang berguna bagi rongga badan, urat-urat dada dan kedua belah bahu. Selepas menangis, kadar degupan jantung kembali perlahan sehingga menimbulkan perasaan yang amat tenang.

3. Menghalang penyakit. Satu kajian oleh University Temple, USA kepada 100 orang yang menghidap penyakit radang usus besar dan luka pada perut dan 100 orang yang sihat. Hasil kajian mendapati semua pesakit yang menghidapi penyakit tersebut mengatakan bhawa menangis adalah tanda lemahnya peribadi, maka mereka memilih untuk memendam rasa hati mereka. maka bagi mereka yang tidak menghidap sebarang penyakit mengatakan menangis adalah sesuatu yang semula jadi jika dilakukan pada waktu dan untuk tujuan yang sesuai.

4. Membebaskan racun dari badan. Arthur Frank, ilmuan Amerika berkata, “Oleh sebab air mata berfungsi mengeluarkan unsur-unsur beracun dari dalam tubuh, maka menahan air mata beerti membiarkan tumbuhnya racun secara perlahan-lahan. Secara fitrahnya perempuan lebih cenderung untuk menangis berbanding kaum lelaki, maka secara umumnya usia hidup mereka lebih panjang berbanding usia lelaki kerana perempuan membebaskan banyak racun dalam tubuh melalui tangisan”. Air mata mengandungi 25 % protein. Kajian para saintis mendapati selain mengandungi 25% protein, ianya juga mempunyai satu bahagian daripada zat terutamanya magnesium.


Sebagai orang Islam, tidak seharusnya kita menangis melulu tanpa sebab yang sepatutnya terutama dalam kes meratapi kematian dan sebagainya. Biarlah menampakkan perbezaan antara agama Islam dan penganut agama lain. Menangislah kita dalam situasi tertentu seperti :
  • Menangis mengenangkan dosa-dosa lalu dalam taubat memohon keampunan Allah swt
    Kerana takutkan azab-azab Allah pada hari akhirat kelak


  • Ketika khusyuk dan sujud kepada Allah swt


  • Mengalirkan air mata ketika berjumpa dengan sahabat atau saudara yang telah lama terpisah. Juga dalam keadaan terputusnya ukhwah islamiyyah


  • Menangis ketika melihat kemenangan tentera Islam melawan tentera kuffar


  • Setelah mendapat redha kedua ibubapa


  • Melihat agama Islam diinjak-injak dan dihina oleh musuh2 Islam atau undang-undang Allah diketepikan.


  • Mengalir air mata seorang ayah melihat keadaan anaknya yang sakit, dia meminta pertolongan si kaya namun si kaya enggan membantunya dengan alasan


  • Menangis bila melihat keadilan dianggap sebagai tindakan yang memalukan dan penindasan dianggap undang-undang.


Wallahua'lam....

Mungkin Lagi


Mungkin lagi..
Gelodak jiwa dimamah lisan,
Putus semua ihsan dan sayang,
Retak menjadi serpihan kaca ,
Bertaburan di lantai usang
Puas ku sapu lelehan itu
Tetap parah, buat diri tersentak lemah..

Mungkin lagi…
Tunduk sembunyikan diri
Biarkan kembara sepi mengetuk hati..
Walau sunyi dalam dunia sendiri,
Kaki berlari entah bila kan terhenti..
Payah menumpang kabusan mentari..
Wajah-wajah pelangi di siang hari..

Mungkin lagi..
Rindu kan sama seperti dulu..
Wajah itu masih menanti seperti selalu..
Menjenguk kamar lautan duriku..
Biarlah, biarlah ia bertamu…
Takkan ku usir, tak ingin ku alu..

Walau gugusan rasa mahu..
Tercalit pada nota waktu lalu..

Mungkin lagi..
Jiwa masih begini..
Tak mungkin bisa sempurna..
Lubuk duka seiring langkahan masa..
Sungguh, aku buta dalam cahaya..
Celik dalam gelita..
Gagap dalam susur laluan itu..
Hilang sebelah layar biru..
Makin karam ruh jiwaku..

Dan, mungkin lagi…….


Friday, March 5, 2010

Petanda2 pelik akhir zaman...

Ahad lepas ribuan, hampir 10k manusia pakat berbogel suka2 jer di depan Opera House Sydney, laki perempuan macam haiwan berpelukan (malah lebih teruk sebenarnya.. .), sekarang ikan terbang dari langit, esok entah apa lagi! Nabi sebut..."Kalau lah tiada rasa malu, maka berbuatlah apa sahaja yg kamu suka.."

Kisah Benar : Selepas kisah ribuan orang berbogel, kini kisah ratusan ikan jatuh dari langit di Australia

Minggu lepas, kecoh pasal ribuan rakyat Australia berbogel beramai-ramai di bangunan Sydney Opera House, minggu ini pula kisah ratusan ikan jatuh dari langit macam hujan di daerah Lajamanu pula. Yang pasti fenomena ikan jatuh dari langit ini bukanlah fenomena mustahil dan sebenarnya sudah ada rekod lain bagi kejadian serupa ini. (Nota: Gambar disebelah adalah tragedi yang berlaku pada 1989.



LAJAMANU, Australia – Seramai 650 penduduk di sebuah kawasan pedalaman Australia, Lajamanu seolah-olah tidak dapat berkata-kata apabila beratus-ratus ekor ikan jenis spangled perch gugur dari langit, lapor sebuah akhbar semalam. Kejadian itu mengejutkan salah seorang penduduk tempatan, Christine Balmer yang sedang berjalan pulang ke rumahnya apabila hujan ikan itu berlaku baru-baru ini.


GAMBAR yang dirakamkan oleh Christine Balmer dan disiarkan oleh sebuah akhbar menunjukkan sejumlah ikan yang gugur dari langit di Lajamanu, Australia.






“Justeru, ia semestinya masih hidup sewaktu ‘terbang’ di udara. Apabila saya memberitahu keluarga yang tinggal di tempat lain di Australia, mereka kata saya merepek. “Sedangkan saya tidak. Apa yang boleh saya perkatakan ialah saya bersyukur tidak dihujani dengan buaya!,” kata Balmer. Seorang ahli meteorologi menyatakan insiden itu mungkin disebabkan oleh puting beliung. Bukan sesuatu yang aneh bagi puting beliung untuk menyedut air dan ikan dari sungai sebelum menjatuhkannya pada jarak ratusan kilometer jauhnya. “Sebaik sahaja ikan-ikan itu masuk ke dalam sistem cuaca, ia mungkin beku. Selepas beberapa tempoh, ikan-ikan tersebut ‘dilepaskan’,” kata Mark Kersemakers dari Biro Meteorologi Australia. Lajamanu terletak di antara Darwin dan Alice Springs di hujung Gurun Tanami.




Ini bukanlah kali pertama bandar kecil itu mengalami kejadian ikan gugur dari langit.
Menurut seorang penduduk, Les Dillon yang berusia 48 tahun, pada awal tahun 1980-an dia berada di Hotel Alice Springs Tavern. Apabila keluar dari biliknya, dia melihat ikan-ikan kecil jatuh dari langit. “Ya, memang saya ada minum beberapa gelas bir. Jadi tiada seorang pun rakan yang mempercayai saya. “Saya terpaksa menelefon ramai orang untuk memberitahu bahawa saya tidak mabuk. Ia (ikan gugur dari langit) benar-benar berlaku,” kata Dillon. – Agensi
Sedikit penjelasan sains dalam Wikipedia dalam hal ini di link berikut:
http://en.wikipedia.org/wiki/Raining_animals
There is a long history of strange objects raining from the sky, with these strange occurrences among the most notable:
1st Century: Pliny The Elder wrote about storms of frogs and fish, foreshadowing many modern incidents.
1794: French soldiers stationed in Lalain, near Lille, reported toads falling from the sky during heavy rain.
1857: Sugar crystals as big as quarter of an inch in diameter fell over the course of two days in Lake County, California.
1876: A woman in Kentucky reported meat flakes raining from the sky. Tests found the meat was venison.
1902: Dust whipped up in Illinois caused muddy rain to fall over many north-eastern U.S. states.
1940: A tornado in Russia brought a shower of coins from the 16th Century.
1969: Golf balls fell from the sky on Punta Gorda in Florida (above).
1976: In San Luis Opisbo in California, blackbirds and pigeons rained from the sky for two days.

PANDUAN BERSAMA


Sedikit perkongsian berkaitan aduan yang dibuat orang ramai mengenai beberapa jenis produk makanan halal. Antaranya :


Aduan :
adkah KEnny Roagers mendapat sijil Halal dari pihak Jakim?begitu juga dgn Big Apple@Donut J Co?
Tarikh Aduan :
27/04/2009 - 00:53:42

Jawapan :
Salam, Kenny Rogers dibawah syarikat Berjaya telah mempunyai sijil halal sejak Jakim lagi hingga sekarang ini. Untuk Big Apple@Donut J Co, mereka masih belum mempunyai sijil halal dari Jakim mahupun HDC. Sekian Terima Kasih


Aduan :
Assalamualaikum,adakah premis restoran The Manhattan Fish Market. Conothnya di Alamanda Putrajaya, Ikano Power centre, Sogo dan Centre Point mendapat Logo Halal from HDC atau JAKIM.

Tarikh Aduan :
14/04/2009 - 01:28:47
Jawapan :
Waalaikumsalam, Restoran tersebut tiada didalam rekod JAKIM/HDC. Sekian. Terima Kasih


Aduan :
Assalamualaikum Tuan, saya adalah penggemar dan sejak dahulu lagi sehingga sekarang saya minum minuman ringan jenama Ribena. Sebelum ini saya telah diberitahu rakan bahawa ia mengandungi sedikit arak, tapi saya tidak endahkan kerana tiada bukti kukuh. Baru-baru ini saya telah menerima emel dari rakan lain yg mengatakan Ribena mengandugi arak (saya tidak pasti samaada arak atau alkohol). Jadi persoalannya, adakah jenama minuman itu selamat diminum oleh pengguna Islam terutamanya kerana ramai diluar sana keliru tentang anggur dan arak dalam minuman tersebut. Sekian terima kasih. Wassalam.

Tarikh Aduan :
18/03/2009 - 04: 23:01

Jawapan :
Waalikumsalam..wbkt terima kasih kerana bertanya. Untuk makluman tuan, minuman jenama ribena keluaran syarikat GLAXOSMITHKLINE CONSUMER HEALTHCARE SDN BHD telah pun mendapat pengiktirafan halal sejak daripada JAKIM lagi. Sumber yang terkandung di dalam minuman tersebut bebas dari unsur alkohol dn selamat diminum oleh pengguna islam.Untuk maklumat lebih lanjut sila layari direktori e-halal.hdcglobal.com. Sekian Terima Kasih.

Aduan :
Assalamu'alaikum. Saya telah menghantar emel ke Oldtown White Coffree untuk menanyakan sijil halal yang dipaparkan dalam lawan web mereka (oldtown.com.my>>our business>>our lourels) tentang mengapa sijil dikeluarkan JAIP itu hanya mengesahkan minuman sahaja, bukan makanan. Mereka telah membalas emel saya dengan menyatakan mereka mendapat pengesahan dari SAS-H Consultants Sdn.Bhd. (CO.NO. 704021-P) di mana mengikut mereka, syarikat ini bekerja rapat dengan JAKIM dan mengikut ISO 1500-2004. Soalannya apakah benar kenyataan mereka ini. Selain itu, mereka menegaskan premis mereka adalah 'Pork Free'. Itu maklum kerana menunya sememangnya tidak ada hidangan tersebut. Cuma, kemusykilannya bagaimana status sembelihan ayam untuk makanan mereka kerana ada beberapa hidangan mengandungi ayam. Terima kasih. Assalamu'alaikum.

Tarikh Aduan :
02/01/2009 - 13: 12:34

Jawapan :
Assalamualaikum SAS-H Consultants Sdn.Bhd. tidak diiktiraf oleh HDC mahupun JAKIM di dalam pengeluaran sijil halal. Kenyataan tentang bekerja rapat dengan JAKIM dan mematuhi MS1500:2004 tidak dapat dipastikan kerana tidak sebarang hubungan atau perjanjian antara kedua belah pihak. Sekian, terima kasih.



Aduan :
Saya ingin bertanya tentang sijil halal bagi WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam. Adakah premis ini mendapat sijil pengesahan halal bagi semua produck dan bagi semua outlet?

Tarikh Aduan :
12/12/2008 - 17:32:23

Jawapan :
Assalamualaikum.. Old Town White Coffee memiliki sijil halal daripada Jab Agama Islam Perak hanya untuk produk coffee 3 in 1 dan pelbgai variasi coffee & tea segera. Sementara bagi premis makanan / restoran, TIADA rekod syarikat ini memiliki sijil halal daripada HDC, Jab Agama Islam negeri atau Badan Islam yang diiktiraf.


( Sumber : ADUAN HALAL-ONLINE )

Wednesday, March 3, 2010

Perlukah Cinta??

Di dalam Islam, perasaan cinta dan kasih sayang adalah sesuatu yang amat ditegaskan yang menjadi teras kepada ajaran agama. Sedarkah kita di mana perkataan kasih dan sayang “al-Hubb” yang diulang-ulang dan disebut sebanyak 88 kali di dalam al-Quran, hanya sekali sebutan sahaja yang merujuk kepada cinta antara lelaki dan perempuan iaitu dalam surah Yusuf ayat 30. Maksudnya : "Dan wanita-wanita di kota berkata : Isteri al-Aziz menggoda teruna (angkat)nya. Dia sudah dilamun cinta berahi. Kami berpendapat beliau terang-terang telah menyimpang." Sama ada kita menyedari atau tidak, kebanyakan ayat-ayat yang berkaitan “al-Hubb” adalah merujuk kepada golongan yang disukai oleh Allah SWT atau golongan yang dimurkaiNya. Sebagai contoh dalam surah al-Baqarah ayat 195 maksudnya : "Allah suka orang-orang yang berbuat baik, surah al-Imran ayat 159: Allah suka orang yang bertawakkal."


Kasih sayang kepada Allah, agama, rasul, dan al-Quran membentuk sikap seseorang individu muslim. Tanpa cinta dan kasih sayang, kehidupan manusia tidak akan sempurna kerana ia merupakan asas kepada ketamadunan dan pengikat kepada hubungan. Cinta penyatu antara hubungan kekeluargaan, suami isteri, sahabat, masyarakat sebangsa dan sebagainya. Islam itu indah dan mengajak kepada perkara-perkara yang indah, semestinya cinta itu indah sekiranya ianya diacu dalam aduanan yang diterima oleh syarak. Berbicara tentang cinta, para alim ulama’ membahagikannya kepada beberapa martabat.

Martabat cinta yang tertinggi adalah cinta kepada Kholiq, Rasul, agama dan jihad fisabilillah. Ia dikenali sebagai al-Hubb ul A’la. Mereka yang benar-benar menghayati cinta tertinggi ini akan merasa redha dengan apa sahaja yang ditetapkan kepadanya dan sanggp melakukan apa sahaja demi mencapai redha Ilahi. Golongan yang mencapai dan merasai martabat cinta ini pastinya akan berpegang kepada Kalam Allah & sunnah rasulNya sebagai kayu pengukur landasan hiudp beragama.

Cinta di tahap kedua disebut sebagai al-Hubb al-Ausat iaitu cinta di tahap pertengahan. Di mana cinta ini ada kaitan dengan cinta terhadap individu, keluarga, masyarakat dan sebagainya. Gerak hati dan perasaan manusia yang merasakan dirinya terpikat kepada orang lain dengan pertalian nasab, kekeluargaan, persahabatan dan sebagainya. Cinta seperti ini juga amatlah dituntut dan diperlukan serta digalakkan oleh Allah SWT dalam kehidupan seharian makhlukNya. Sebagai contoh, cinta kepada kedua ibubapa, saudara mara akan mewujudkan suasana rukun damai dan harmoni. Tanpa perasaan cinta ini, tidak mungkin seseorang individu tersebut mampu untuk membina sebuah keluarga, apatahlagi untuk membentuk kebahagiaan dan yang pasti tidak aka nada zuriat yang dapat dilahirkan. Walau bagaimanpun, cinta di tahap kedua ini boleh ditamatkan untuk sementara waktu atau selama-lamanya dengan sebab-sebab yang diperakukan oleh syarak.

Contohnya, seseorang individu itu boleh memboikot sahabatnya jika dilihat melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan tuntutan agama, ataupun terus memutuskan hubungan persahabatan tersebut sekiranya dia bersikap degil untuk berubah, bahkan makin melakukan kemaksiatan secara terang-terangan tanpa segan silu hadapan masyarakat. Islam menganjurkan dia didekati dan dinasihati secara baik sebagai langkah pertama, seterusnya islam mengahruskan perbuatan memutuskan rasa cinta itu jika dia terlalu melampau dalam agama Allah dan makin berleluasa dalam kemaksiatan.

Tahap cinta ketiga ialah yang bertaraf rendah dan negative, serta memusnahkan manusia atau disebut sebagai al-Hubb al-Adna. Contohnya cinta dan kasih kepada seseorang yang zalim, dictator atau orang yang menganggap dirinya sebagai tuhan. Begitu juga kasih sayang berahi yang menyebabkan seseorang itu bergelumang dengan maksiat dan dunia kedurjanaan. Mencintai sesame insane atau lain-lain melebihi Allah SWT juga termasuk dalam kategori cinta ini. Ia adalah kerana berpaksikan kepada gelodak nafsu ynag melulu, patuh kepada kehendak nafsu amarah meskipun bercanggah dengan syarak, membangga diri ataupun bersikap egoistic.

Malangnya, ramai di kalanagan kita yang lebih cenderung memahami bentuk cinta tahap ketiga, yang bersifat fizikal ataupun hissi seperti cintakan wanita, harta, pangkat dan nama serta kepentingan-kepentingan tertentu. Cinta “asyik” mahsyuk, menatang nafsu; inilah yang sering dilagu-lagukan. Jelas sekali, cinta yang luas maksudnya telah disempitkan ruang lingkup penghayatannya. Cinta dalam skop diatas ada hadnya malah amat terhad bukan bersifat selama-lamanya seperti cinta sesama suami isteri. Ini kerana apabila usia makin meningkat cinta masih diperlukan tetapi bukan dalam bentuk cinta berahi atau sekadar dorongan seksual semata-mata, tetapi cinta yang dipertingkatkan dalam bentuk kemanusiaan yang lebih tinggi. Malangnya sekarang manusia terlalu mengagungkan soal cinta berahi seolah-olah itulah satu-satunya maksud cinta, kasih dan sayang. Padahal islam telah memperkukuhkan pengisian cinta sehingga boleh membawa manusia ke suatu martabat kemanusiaan yang lebih tinggi; iaitu kepada alam rohaniah yang lebih luhur.

Dalam masa yang sama, ada segolongan manusia yang terlalu mengutamakan cinta fizikal dan keseronokan diri sehingga tidak memikirkan kesannya kepada orang lain. Oleh itu tidak hairanlah kalau ada yang sanggup merogol kanak-kanak, warga emas dan sebagainya. Mereka menganggap cinta itu adalah tindakan untuk melepaskan nafsu syahwatnya semata-mata. Sesungguhnya Islam melarang tegas perasaan sayang dan cinta yang ditujukan pada tempat yang salah. Agama Islam dibina atas tonggak keimanan, manakala iman dibina atas dasar cinta kepada Allah SWT. Janganlah kita sewenang-wenangnya mengubah nikmat cinta dan sayang yang dizahirkan oleh Allah SWT sebagai satu anugerah menjadi buah fitnah yang mampu mencarik-carik keimanan dan merosakkan jiwa-jiwa rapuh masyarakat islam sendiri.






Cinta & kasih sayang lahir dari hati sesiapa sahaja





"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." (Imam Nawawi)