Tuesday, May 18, 2010

Apa erti 16 Mei!!!

Salam blogger kembali daripada Perindu. Aduhaii!!rindunya kat teratak Bicara Rindu,syukur berpeluang lagi jenguk ke sini walau tak sekerap sebelum ni. Hmm, dalam tak sedar rupanya dah hampir berminggu-minggu teratakku sepi tanpa sebarang entry terbaru…di mana silapnya??entahla, tapi rasa macam normal kot bagi insan-insan yang seacuan denganku yang peluang menghabiskan masa cuti bersama family hanya pada waktu2 tertentu sahaja, de question here..we must use so wisely, don’t be too greedy……ish, patut jemari rasa janggal semacam jer bila menyentuh keyboard, idea pun dah mula membeku tapi belum capai tahap kritikal lagi la.…anyway, I’ll try my best for this entry, hope enjoy urself…


Kembali pada tajuk entry kali ni, apa erti 16 Mei?? apa sebenarnya yang tersembunyi di sebalik tarikh tersebut? Apa yang diraikan dan diagung-agungkan?Hakikatnya, seluruh negara berbangga dan menghormati tarikh keramat yang menjadi simbol kepada kehormatan dan kemuliaan seorang insan. Dia dianggap insan hebat kerana mampu menjadi agen perubahan di saat masyarakat kaku dengan kehidupan sendiri. Dia dilihat insan luar biasa yang penuh keanehan dan menjiwai sifat-sifat halus berbekalkan titis-titis ketabahan, keikhlasan, keyakinan yang dipupuk dengan baja kewajaan. Tidak kenalkah kalian pada dia? Di saat kalian rebah dan memerlukan tempat pergantungan dialah pengganti ibu dan ayah, di saat kalian sunyi dan tiada arah hendak dituju dialah pengganti seorang teman yang utuh mendampingi, di saat kalian dihantui rimbunan masalah dialah pendengar setia pengganti kanselor hebat….Siapakah dia?wahai sahabat, dialah guru..hanya guru biasa….tapi jangan kita lupa, kerananya kita jadi luar biasa. Di kesempatan yang ada, izinkan diri ini mengucapkan selamat hari guru kepada semua para pendidik mahupun bakal-bakal pendidik, jasa & pengorbanan kalian disanjung tinggi tak termampu untuk dibalas, cukup bernilai tiada tandingan.


Sebagaimana Hamka pernah berkata: “Seorang guru, baik guru mengaji atau guru di sekolah atau seorang guru yang hanya sekali kita temui tetapi kita beroleh pelajaran daripadanya, semuanya adalah jasa tidak dapat dibalas dengan harta benda”. Demikianlah tinggi dan mulianya martabat guru kepada setiap manusia. Peribahasa Melayu mengingatkan kita “Berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi,”. Guru bagaikan ibu bapa kepada murid atau pelajar. Kalau ibu bapa kandung memberi tempat tinggal, pakaian dan makan minum, guru pula memberikan ilmu, didikan, budi dan akhlak serta membentuk kepandaian dalam kehidupan.


Persoalan yang ingin ditimbulkan di sini ialah adakah sama antara guru pada masa kini dengan mereka yang bergelar guru 10,20 tahun lepas dari segi kualiti, kepribadian, personaliti dan ilmu yang dimiliki? Adakah guru pada zaman sekarang benar-benar memahami tanggungjawab dan amanah besar yang dipikul atau sekadar makan gaji buta dan memenuhi waktu lapang yang ada? Tepuk dada tanya minda, bukan mengikut kata hati semata-mata. Terserah kepada kita untuk menentukan mana hala tuju kita yang sepatutnya. Jangan sekali-kali sempitkan minda dan meletakkan batasan yang tidak sewajarnya. Hanya guru yang berkualiti sahaja mampu melahirkan pelajar yang berkualiti. Guru yang bagaimana dikatakan sebenar guru?? Harus difikirkan dengan penuh kesedaran….Kerana menjadi guru bukan suatu tugas yang mudah.


Teringat Perindu kepada Ustazah Khalijah salah seorang pensyarah Fakulti Pendidikan UKM di mana kata beliau yang cukup dalam tafsirannya bahawa semua orang boleh bekerja sebagai guru tetapi tidak semua yang boleh menjadi guru…kerana guru adalah guru… Pemilihan tema hari guru yang sama dengan tahun sebelumnya iaitu Guru Pembina Negara Bangsa adalah berdasarkan peranan guru yang menjadi harapan bagi memastikan pembentukan jati diri pelajar yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat . Pelajar-pelajar akan menjadi warganegara yang berfikiran global dengan tidak mengesampingkan ciri-ciri tempatan justeru mampu bersaing dengan kepesatan dan 'kesesakan' dunia luar. Kecekapan dan keberkesanan peranan guru menerusi sistem pendidikan mampu membina negara bangsa yang berjaya. Tema ini bermatlamatkan hasrat untuk memperkasakan peranan guru dalam mewujudkan pembangunan dan modal insan.


Hakikatnya, seorang guru akan dipanggil guru selama-lamanya. Meskipun seseorang guru itu sudah bersara, panggilan cikgu akan tetap kekal digunakan kenalan sebagai jasa martabat pendidik sepanjang hayatnya.
W’alam.