Sunday, February 28, 2010

Aduhai Muslimahku.....

Berhikmah disenangi Allah dan makhluk. Lidah dan mulut dikurniakan Allah untuk kita berkata-kata dan faham antara satu sama lain.Lidah tidak bertulang, oleh itu berhati-hatilah di dalam setiap patah perkataan yang diucapkan. Kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa. Lidah lebih tajam daripada mata pedang,ianya ibarat racun berbisa jikalau salah digunakan. Kerana itu kita haruslah berfikir beberapa kali sebelum menuturkan sesuatu, kerana akibat daripada silap percakapan kita itu akan membawa kepada kerosakan yang besar.

Tutur kata yang mengandungi hikmah dan cara yang bijaksana akan mengeratkan lagi ukhwah dan persaudaraan. Kerana itu Islam sangat menggalakkan berhikmah di dalam tutur kata dan bijak di dalam tin dakan. Ibarat seorang doctor, apabila kita sebagai pesakit bertemu dengannya lalu dia bercakap dengan lemah lembut dan berhkmah, rasanya sebahagian daripada sakit kita terasa hilang. Jiwa menjadi tenang. Tetapi jika doktot tersebut mengeluarkan kata-kata yang kesat dan kasar, bertambah parahlah lagi sakit yang kita deritai, bukan sahaja itu malah bertambah satu lagi sakit iaitu sakit hati.

Oleh kerana itu, Allah memerintahkan Nabi Allah Musa berlemah lembut dengan Firaun,sedangkan di dalam sejarah jelas bahawa Firaun sememangnya bersifat kejam, sombong, angkuh dan ego. Sehingga dirinya dianggap sebagai Tuhan. Dengan manusia yang mengaku Tuhan pun Allah suruh Nabi Musa berlembut dan berhikmah dengannya, kerana hikmah dan bijaksana itu adalah lambang ketinggian akhlak kepada orang yang beriman.

Hikmah dan bijaksana sanat perlu di dalam kehidupan manusia. Apabila manusia ditimpa masalah sesame manusia,maka tindakan yang diambil perlulah bijak dan berhikmah. Misalnya suami yang balik ke rumahdi dalam keadaan yang marah-marah, maka isteri harus bertindak bijak menangani emosi suami. Perkataan yang lemah lembut dan senyuman yang manis serta layanan yang baik, pasti akan mengurangkan tekanan yang dibebani oleh suami.

Termasuk antara ciri-ciri utama seorang wanita yang bijaksana dan cemerlang adalah gemar mencari ilmu ditengah-tengah kesibukannya melayani anak, suami dan mengurus rumah tangga. Menjadi ibu dalam rumahtangga sama sekali bukan halangan untk tetap mencari ilmu.Bukankah setiap insan wajib melakukannya hingga akhir hayat? Apalagi untuk ilmu-ilmu wajib yang berkaitan akidah, akhlak dan syariah. Tetapi bagaimana caranya, bila anak sudah empat, sedang pembantu tidak ada? Atau waktu habis untuk bekerja, tenaga berkurangan dan fikiran turut terganggu…Sebenarnya, ia bergantung kepada kemahuan dan kretiviti individu itu sendiri.

Wanita yang berani adalah termasuk ke dalam kategori wanita yang bijaksana dan cemerlang. Pada zaman kekhalifahan Umar, terjadi satu peristiwa menarik berkaitan keberanian seorang wanita dalam memperingatkan kesalahan khalifahnya. Kisahnya, ketika dalam sebuah majlis, Umar menyampaikan pidato kepada kaum muslimah, khalifah menganjurkan mereka untuk tidak membebani calon-calon suami mereka dengan mahar yang terlalu berat.

Maka tiba-tiba salah seorang muslimah berdiri sambil mengangkat tangan dan minta izin untuk berbicara mengkritik saranan tersebut. Si muslimah mengemukakan dalil yang menguatkan bahawa kaum mulimah mempunyai hak penuh dan bebas dalam menentukan besar maharnya. Adapun jika mereka ingin meringankannya, ia adalah atas kerelaannya sendiri.

Itu adalah contoh indah di mana, khalifah menghargai hak berbicara kaum wanita yang menegur kesalahannya secara langsung. Jadi pada prinsip kaum wanita pun memiliki hak untuk turut mengawal berlakunya pemerintahan. Sebabnya jelas,bahawa ada kepentingan diri dan untuk para wanita berkenaan hajat hidupnya. Lelaki yang maju perlu didampingi oleh wanita yang juga terdidik.

CETUSAN MID SEM

Di sini sedikit catitan yang sempat jemari ini lakarkan selama menghabiskan masa cuti di kampung halaman tercinta. Alhamdulillah, cuti kali ini Perindu benar-benar bersyukur kerana diberi kesempatan untuk bersama usrah tercinta di awal permulaan hingga hari terakhir. Sesungguhnya, inilah hadiah terbaik mid sem Perindu… wajah-wajah tenang bersama 1001 keceriaan. Ada manis, masin, pahit dan tawar. Itulah namanya kehidupan insani.

14 & 15 February 2010
Dalam tidak sedar, rupanya Perindu telah melakukan satu kesilapan besar. Entah dimana silapnya, Perindu pun tidak pasti apakah punca kepada rasa bersalah ini. Sebelum bermulanya cuti semester lagi memang Perindu pada awalnya bertekad dan bersemangat untuk mengikuti Program Induksi kali ini yang dianjurkan oleh MMP khusus buat adik2 bakal exco setelah tidak berpeluang merasai yang sebelum ini disebabkan kekangan masa dan situasi yang menimpa. Apakan daya, kita hanya mampu merancang dan mengatur strategi, yang memutuskan dan penentu segala perancangan adalah Allah SWT. Bagaimanalah pandangan sahabat-sahabat mantan yang lain dikala seseorang yang bersemangat pada mulanya menaburkan pelbagai janji yang mampu menitipkan sebuah senyuman di bibir sahabat yang lain akhirnya tidak mampu mengotakan segala yang dijanjikan. Mampukah kalian memaafkan diri ini? Mampukah kalian menyelami apa yang dirasai oleh diri ini? Andai tidak, apalagi yang mampu hati ini suarakan. Sungguh, aku di dalam dilema untuk memutuskan jawaban, apatah lagi ianya melibatkan keluarga, ayah n ibu yang sudah berusia. Andai kalian berada di tempatku, adakah kalian akan melakukan perkara yang sama. Lantas, sanggupkah kalian meninggalkan kedua orang tua yang dalam keadaan teramat uzur dan sentiasa berperang dengan sakitnya yang adakala datang menyerang secara tiba-tiba, tidak menentu detik dan waktu. Sanggupkah kalian melukakan hati mereka yang selama ini bersusah payah dengan kudrat yang tak seberapa, melahir, membesar, mendidik sehingga kalian mampu mengenal alif, ba, ta apatah lagi mampu membezakan antara kebaikan dan keburukan semata-mata untuk menyenangkan hati sebelah pihak? Semata-mata untuk dipandang hebat dan prihatin di kalangan mereka yang bukan sesiapa pun pada kita asalnya, hanya pada nama sebagai seorang teman tetapi sebaliknya. Hati naluriku makin tersentuh bilamana seorang ayah yang tidak pernah merungut walau sepatah memohon sesuatu tiba-tiba meminta agar tidak ditinggalkan seorang diri. Tidak pernah seumur hidup seingat aku abi menghalang diri ini dari mengikuti sebarang program apatah lagi yang melibatkan majlis ilmu. Bahkan dialah yang selama ini memberi sokongan dan pendorong buat diri ini dalam melayari bahtera sebagai seorang penuntut ilmu. Ku rebah jua, bila mengenangkan semua itu. Mutiara jernih yang ku cuba pertahankan dari awal lagi akhirnya gugur memutih jua ke pipi. Biarlah, aku tetap aku. Insan biasa, tak punya kelebihan di mata sesiapa. Biarlah aku sendiri yang mengenali apa yang tersirat di sebalik sesuatu yang terjadi dalam hariku. Cuba bergerak merangkak sendiri tika orang lain bangga dengan kekuatan sekeliling, cuba bangun berdiri tika orang lain mula gagah berlari, cuba menyusun kaki melangkah tika bayang-bayang mereka hilang di bawa bayu senja. Terima kasih buat teman-teman yang memahami situasi Perindu. Kata-kata semangat dari kalian amatlah Perindu hargai di saat diri hampir putus asa lemah mencari tempat untuk berpaut. Apa yang pasti, Perindu memohon kemaafan buat seseorang yang mungkin mengharapkan sesuatu dari Perindu…maaf diri ini tidak terdaya, maaf coz dah 3 kali Perindu tak menghadirkan diri (Tak mampu tepati janji), maaf membuat kalian terasa hati….



16 February 2010
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Kesihatan abi pun dah nampak makin baik walau batuk-batuknya masih kedengaran memecah sunyi di lubuk desaku. Pun begitu, pandangan matanya masih lagi tidak menampakkan perbezaan, masih kabur menyukarkan penglihatan pada jarak yang jauh. Biasala bila usia sesenja begitu, macam-macam penyakit senang menghampiri kita. Sebagai manusia, kita hanya mampu berusaha untuk mencegahnya sekadar kudrat yang ada. Pagi tadi hati ini senang sekali bila terdengar gelak tawa dari suara tua abi. Bergurau canda dengan anak-anak kecil, mesra melayan telatah cucu-cucu mudanya. Semenjak pulang dari kampung 3 hari yang lepas, aku hanya mampu menatap wajahnya yang berkerut menahan sakit yang dialami. Dengan getaran suara yang tersekat-sekat menyukarkan sebutan yang diluah untuk difahami mereka sekeliling. Hari ini, bagaikan mimpi buat diriku. Sekujur tubuh yang ku kenal berdiri di tengah bendang, jauh pandangannya dilemparkan. Entah apa yang cuba dicari dalam kesibukan fikirannya menerawang ke gugusan awan. Inilah hadiah yang amat aku nantikan.


17 February 2010
Tak syok lau pulang ke kampung sendiri tidak berpeluang untuk merasai nikmatnya air nyor asli. Bersama deretan anak buah Perindu kerahkan tenaga, ibarat komander mengarah tenteranya berkawad, melangkah laju ke kebun bersama parang dan galah di tangan. Sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata indahnya saat itu. Walau lelah dan payah untuk mendapatkan sebiji kelapa, sukar untuk menentukan yang mana isinya muda dan tua tapi semua kesukaran itu hilang sekelip mata bila melihat keriangan yang ditonjolkan oleh anak-anak kecil comelku. Dengan penuh harapan menantikan buah jatuh ke bumi. Sekali sekala namaku disahut beramai-ramai, dan sekali sekala terdengar esakan tangisan akibat pergaduhan kecil yang sengaja ditimbulkan untuk menarik perhatian kami sebagai insan dewasa. Setelah beberapa biji buah kelapa berjaya dijatuhkan dengan kudrat aku sebagai perempuan, apalagi yang ditunggu melainkan semuanya sudah bersiap sedia dengan gelas dan sudu di tangan. Sebiji demi sebiji hingga ke buah yang terakhir terus menjadi penyejuk dan basahan tekak yang sedia kekeringan dari tadi. Semuanya tersenyum puas. Masing-masing terdiam, karpet hijau asli menjadi saksi tempat rebahan kami.

18 February 2010
Hari ketiga Perindu di kampung sendiri bagaikan tak terasa cepatnya masa berlalu. Seperti biasa, setelah selesai semua kerja-kerja di dapur, ruang tamu juga telah siap dikemas tersusun bersih, di hujung anjung rumahlah menjadi tempat bertapanya. Subhanallah, terima kasih Tuhan atas nikmat ketenangan hati tika ini. Angin bayu sepoi-sepoi bahasa berirama bagai menyambut perasaan senang yang berlagu. Dalam asyik menikmati pemandangan yang menghijau berbatikkan pohonan kelapa dan berlatar belakangkan daunan lalang, wajah-wajah silam tiba-tiba berwayang di kaca minda Perindu. Satu persatu bayangan muncul bagaikan iklan tv mencuri tumpuan penontonnya. Terputik satu perasaan mengguguskan rindu yang teramat sangat pada bayangan-bayangan tersebut yang pernah mekar berputik 7 dan 8 tahun lalu. Di manakah kalian kini? Ingatkah lagi kalian pada wajah ini? Bahagiakah atau sebaliknya kalian di sana? Mengapa sehingga ke detik dan saat ini Perindu gagal untuk cuba menghubungi kalian semua? Tak terdaya lagi diri ini, usaha telah ku labuhkan dengan kudrat yang tak seberapa, semangat dan keinginan tak pernah padam. Namun, masing-masing masih tetap membatu bagai tiada apa-apa. Sudah berubah ke hati, kasih dan perasaan kalian? Haruman janji yang ditaburkan , masih ku pegang hingga ke hari ini. Salahkah insan kerdil ini menuntut kembali wangian janji sahabatnya sendiri? Meminta penjelasan untuk semua kebisuan yang melanda? Demi ukhwah yang bertahun dibina atas landasan yang berpaksikan kebenaran dan redha Kholiq Yang Esa..inshaallah. Biarlah dunia mempersendakan aku, walau tenggelam di ombak sepi, berlayar keseorangan di tengah samudera mencari kasih yang hilang. Ku tetap inginkan kembali mahabbah itu, yang terakam di bumi Amir Indera Petra. Episod remajaku berputar hebat di sana. Kerna apa? Kerna kalianlah kekuatan di sebalik hijab yang tertutup. Rindu ini masih sama seperti dulu, sama buat kalian..Kak Ira, Bebei, Ida, dan Yah… Moga suatu masa kita dipertemukan, disatukan dan ditetapkan hati dalam redha dan limpah Ilahi…. Astaghfirullahal azim, rupanya terlalu jauh waktu silam yang ku seret ke imaginasi kini. Makin lama makin hanyut melemaskan hidupan realiti. Sampaikan anak buah berbaring berhampiran pun Perindu hampir tidak menyedari. So, tu penandanya time for cooking.. apalagi..bala tenteraku sudah mula bersiap sedia untuk menyerang markaz dapurku…waduh-waduh, pening..tapi eppy… apa-apa pun, untuk petang nanti dh siap sedia ku plan. Akan ku kerahkan semua bala tentera setiaku ke kebun tanaman labu….. Hajat di hati teringin nak masak pengat dan cengkodok labu untuk hidangan minum petang…sedapnya…

19 February 2010
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan dan waktu untuk meneruskan kehidupan yang tidak pasti. Penat satu badan masih lagi terasa, seolah-olah baru sahaja selesai menyudahkan aktiviti jungle trekking di Pangkor suatu masa lalu kesan daripada sikap tidak duduk diam dan terlampau excited dengan binatang ternakan. Biasela, bila terlalu lama urat daging dimanjakan di kampus, walau sebiji pinggang pun jemari tak tersentuh, balik jer kampung kerja ringan pun terasa seolah bebanan. Hari ni, tak terkata Perindu, suka sesangat sebab ahli keluarga Perindu makin ramai dan bertambah. Kakak bersama abang dan anak masing-masing dari merata daerah negeri bersama-sama memeriahkan keceriaan suasana yang sebelum ni tersedia bombastic. So, memang tidak keruanla keadaan rumah dan yang sewaktu dengannya dengan puluhan kanak-kanak Ribena,hehehe. Banyak kelebihan yang bakal diperolehi hasil pertautan dan pertemuan ini. Perindu tidak melepaskan peluang mencelah dan berkongsi pelbagai idea, kemahiran dan kepakaran bersama. Pengalaman yang paling seronok sekali ialah time menyiapkan ramuan satar dan membakarnya. Dari mula-mula menyiang ikan, hinggalah kemuncak, membungkus dan sebagainya terasa tak kering gusi dek gurauan dan karenah yang ditonjolkan mereka. Best sangat, angkat dua satar yang dah masak, tengok tinggal kulit daun jer.. ramuan kat dalam kulit, entah tangan mana yang laju merobek. Apa yang kelakarnya, bila diselidiki rupanya cucu saudara Perindu yang berumur 2 tahun lebih yang sapu kat mulut, budak kecik yang teramat nakal yang membuatkan dia makin cute,huhuhu….. Walau penat macam mana sekalipun, bila diajak keluar makan angin, yang lembik bertukar segar semacam je. “Ai Makda, dah bertukar ek?? Ekspress je bab ni ”, sound salah seorang daripada 23 orang anak buahku… Moral of the story, budak zaman sekarang memang banyak sangat mulut, hehehe- Pro active katakan… Sebelum senja, sempat ku luangkan masa menjamu mata di pasar besar Bachok dan Pantai Irama. Segala-galanya telah berubah, bagai memahami hati dan perasaan seorang insan yang mendambakan roh ketenangan hakiki. Langkahan demi langkahan ku perlajukan, mengejar baying-bayang waktu agar tidak dihimpit awanan senja, sebagai petanda malam bakal menjelma.

20 February 2010
Hati dikejutkan dengan satu pesanan ringkas dari seorang teman baik Perindu berbunyi, “Maafla tak dapat sertai program bersama esok sebab ada majlis yang bakal berlangsung di rumah.” Walau tidak dinyatakan secara terperinci berkenaan majlis tersebut, budak kecil berumur 6 tahun pun bagi Perindu sudah boleh mengagaknya. Selang sehari kemudian, satu lagi pesanan ringkas dari teman yang sama perindu terima, tapi dengan nada ayat yang berbeza membuat diri ini makin sayu, “Salam, sebenarnya semalam tu majlis pertunangan saya. Maaf sebab tak jemput” Walaupun sudah menjangkakan semua itu dari awal lagi, hati Perindu tetap tidak berupaya untuk menahan rasa sendu yang mula bersarang di dada. Sudah berkali dipujuk dengan bisikan-bisikan positif agar tidak tertewas dengan hujan emosi, Namun Perindu juga insan biasa, wanita yang tidak terlepas dari mudah mengalirkan air mata. Semuanya bersebab, air mataku bukanlah barangan murahan. Hakikatnya, antara kami bukanlah teman biasa apatah lagi kawan yang tidak mesra, bahkan akrab bersama, saling terluah dan meluahkan. Bukan niat hati ini untuk mengungkit semua, apatah lagi nak meletakkan kesalahan dan menghukum dirinya atas kegurisan yang mungkin…mungkin, dan mungkin tak disengajakan, tapi sekadar meluahkan apa yang terbuku di hati seorang teman yang inginkan kepastian tentang erti sebuah nikmat persahabatan. Apakah diri ini tidak layak untuk sama-sama merasai tempias kebahagianmu teman? Daku keliru, andai semua ini turut ditimpa buat semua kenalan-kenalan yang lain, mungkin boleh pertimbangkan dan Perindu akur dengan hati terbuka. Namun begitu, mengapa hanya diri ini yang tercicir dalam sedar? Jelas, sengaja disembunyikan dan disuluhkan bayang-bayang dalam cahaya yang terang. Teruk sangat ke diri ini sehinggakan bila isu yang melibatkan pertukaran status, jodoh dan pasangan kalian sembunyi dan lempar jauh-jauh dari pengetahuan temanmu ini. Akhir sekali, suara-suara sayup lain yang datang mengkhabarkan padaku. Adilkah itu? Peritnya tika itu. Sedarlah kalian, aku juga insan yang memiliki semua pancaindera, 2 tangan dan kaki, perasaan dan hati yang sama dengan kalian. Jangan kerana teguran dan sikap ketidaksenangan ku akan sesuatu isu yang melibatkan pergaulan, terutama berkaitan muamalat antara kaum kita dan insan bernama LELAKI, aku kalian jauhkan. Bukan ku melarang semua itu, kerna aku juga tahu fitrah manusia semua adalah kearah itu, dan aku pun tidak mahu untuk melawan apa yang ditetapkan Allah, tahu hukum menidakkan sunnatullah walau tidak sehebat kalian. Sepatutnya andai diri ini salah, jangan ditinggalkan apatah lagi dibiaskan. Bimbinglah dan ajarlah insan yang serba kedhaifan ini. Moga sama-sama memperolehi Mardhatillah dunia dan akhirat… ku doakan kebahagian, kesejahteraan dan kejayaan sahabat-sahabat semua selagi hayat dikandung badan dan diizinkan Tuhan.


21 February 2010
Hari terakhir berada di kampung membuatkan diri serba tak kena. Kedua orang tua sampaikan tertanya-tanya perihal perubahan tingkah laku pada Perindu. biasala, bila dah nak berpisah dengan keluarga apatah lagi dalam keadaan umur ibu ayah yang sudah terlampau berusia, terlalu berat langkahan nak ku atur. Semoga esok masih ada sinar buat kami semua. Saat kelakar pun ada, dari tahun satu hingga sem last final year, Perindu masih lagi ditatang bagai anak-anak kecil. wajah-wajah yang sama masih setia tetap bersedia mengiringi bersama perjalanan Perindu sehingga ke hentian setiap kali hendak kembalinya ke kampus. Bekalan tak usah ceritala, memang berplastik dan berkotak makanan ringan yang dibekalkan oleh ibu dan kakak. Alhamdulillah, Perindu tergolong di kalangan insan yang bertuah yang masih berpeluang merasai nikmat kasih sayang ibu ayah dan keluarga. Apa yang pasti, saat paling tak syok dan membosankan adalah sewaktu menghabiskan masa 5 hingga 6 jam di dalam bas tanpa membuat sebarang aktiviti. Semoga perjalananku selamat….Jumpa 5 bulan akan datng yea anak-anak makda!!!!!

Ya Allah, jadikanlah di dalam hatiku CAHAYA, di lidahku CAHAYA, di pendengaranku CAHAYA , di penglihatanku CAHAYA, Jadikan di belakangku CAHAYA, di hadapanku CAHAYA, dari atasku CAHAYA, dan di bawahku CAHAYA. Ya Allah, berikanlah aku CAHAYA.

Saturday, February 27, 2010

Dia Kekasih Allah...

Salam Maulidur Rasul 1431 diucapkan kepada seluruh umat islam. Bersempena dengan hari yang penuh bermakna ini, ayuh bersama-samalah kita berusaha untuk mempertingkatkan rasa kecintaan kepada Rasul kita Muhammad SAW Penghulu segala Nabi, yang sememangnya telah lama subur dan bertunjang dalam akar jiwa2 islam kita. Persoalannya, apakah yang perlu dilakukan oleh kita sebagai umatnya untuk membuktikan kecintaan kepada baginda Rasul dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT?Adakah dengan cara berarak di keliling padang dan sebagainya setiap kali tibanya 12 Rabiul awal boleh dikira sebagai bukti kasih kita kepada Baginda, sedangkan dalam kehidupan harian tidak seperti yang diajar oleh Baginda....malah terpesong jauh daripada tuntutan sunnah dan kalam Allah...


Sesungguhnya, keimanan kepada Rasul mewajibkan umat Islam melakukan segala suruhan dan tuntutan yang telah tersedia digariskan oleh Allah SWT Kholiq yang Esa sebagai panduan di dalam kalamNya...antara tuntutan tersebut ialah:



1)Mematuhi segala arahan dan perintah baginda berdasarkan firman Allah SWT-al Nisa 13 dan 14 yang bermaksud:


"Sesiapa yang mematuhi Allah dan RasulNya nescaya Allah akan memasukkan dirinya ke dalam syurga yang mengalir dibawahnya anak-anak sungai; mereka kekal di dalamnya. Itulah kejayaan agung. Akan tetapi, barang siapa yang menderhaka kepada Allah dan Rasul, menginjak batas laranganNya Nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam neraka. Ia kekal di dalamnya dan baginya seksa yang amat menghinakan dirinya."



2) Wajib menyayangi Baginda berdasarkan firman-nya dalam surah at-Taubah ayat 24 :

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka)."


3) Wajib beriman dengan sifat "Ismah" Baginda. Allah SWT berfirman :
"Dia (Muhammad) tidak pernah menuturkan (sesuatu ajaran agama) kerana nafsu. Semua (pertuturannya) adalah berdasarkan wahyu yang diturunkan (kepadanya)."

an-Najm : 2-3


4) Wajib menghormati, menghargai dan mengagungkan Baginda.

"Agar mereka beriman kepada Allah dan Rasul-Nya; selain daripada memperteguh dan menghargai (memuliakan) nya."

al-Fath :9

5) Wajib mematuhi dan merujuk hukuman dan keputusan Baginda. Selain wajib akur dan rela dengan keputusan tersebut. Firman Allah SWT :
"Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya."
an-Nisa' : 59


6) Wajib mengikut dan melanjutkan dasar perjuangan hidup Baginda; iaitu memperjuangkan dasar islam yang hakiki iaitu islam yang merangkumi segenap bidang kehidupan baik politik, ekonomi, budaya dan sebagainya.
"Maka Demi Tuhanmu (Wahai Muhammad)! mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan Engkau hakim Dalam mana-mana perselisihan Yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa Yang telah Engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu Dengan sepenuhnya."

an-Nisa': 65



7) Mendidik anak-anak supaya menyayangi dan mengikuti jejak langkah Baginda dengan menyebarkan pengajaran Sirah dan riwayat hidup Baginda Rasulullah SAW....Rasulullah SAW bersabda :
"Didiklah anak-anak kamu agar memiliki tiga sifat: Cinta kepada Nabi kamu, cinta kepada keluarganya dan suka membaca al-Quran."
Silsilah Doifah : 2162


Wallahua'lam....

Friday, February 26, 2010

Syukuri Nikmat Allah


“Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialah kesihatan dan masa lapang.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah)



This email is a true story with pictures. It may change your life, way of thinking and aims in life. It is a story of a person from Bahrain named Ibrahim Nasser. He has been paralyzed completely since birth and can only move his head and fingers. Even his breathing is done with the help of instruments.



It was the wish of this young man to meet sheik Nabeel Al-Awdi. So Ibrahim's father spoke the sheik on the phone in order to arrange a visit to Ibrahim.


This is sheik Nabeel in the airport.



Ibrahim was very happy to see sheik Nabeel open the door to his room. We can only see his happiness from his expression as he is unable to speak .




The moment sheik Nabeel entered Ibrahim's room




And this is Ibrahim's expression on meeting sheik Nabeel.


Notice the breathing instrument around Ibrahim's neck.. he is unable to even breath normally.




And a kiss on the for head for Ibrahim






Ibrahim with his father, uncle and sheik Nabeel .




Thus sheik Nabeel and Ibrahim started talking about da'wa on the internet and the striving it requires. They also exchanged some stories ...








And during their conversation sheik Nabeel asked Ibrahim a question. A question that made Ibrahim weep...






and tears rolled down Ibrahim's cheek. Ibrahim couldn't help but weep when he remembered some painful memories







Here sheik Nabeel wipes the tears from Ibrahim's face






Do you know what question it was that made Ibrahim weep?


The sheik asked: Oh Ibrahim.. if Allah had given you health.. what would you have done? And thus Ibrahim wept bitterly and he made the sheik, his father, his uncle and everyone in the room weep.. even the camera man wept And his answer was: By Allah i would have performed my salaa (prayer) in the masjid (mosque) with joy.. i would have used the favor of health in everything that would please Allah Subhanehu we Ta'ala



Dear brothers and sisters Allah has favored us with agility and health But we do not perform our salaa in the masjid!!! And we sit for hours in front of the computer or TV .


Mulia nya hasrat beliau.....Kita yang sihat wal-afiat pun masih ada yang tidak ke masjid walaupun setiap kali azan dilaungkan kedengaran di telinga ....Sama2 renung & muhasabah kembali, apakah kedua-dua nikmat yang dianugerahkan Allah kepada diri digunakan sebaiknya??Wallahua'lam...



Bila Hati Menghadap Tuhan..

Bila hati menghadap Tuhan
baruku sedar banyak kelemahan
terasa kerdil berbanding YANG ESA
baruku terfikir betapa agungnya TUHAN


Kenapa mudah menangis kerana manusia?
kenapa terlampau sukar menangis kerana berdosa
dengan TUHAN?
di manakah TUHAN di hati aku?
di manakah TUHAN di hati aku?di manakah TUHAN di hati aku?


Kenapa mudah bersedih dek manusia?
lupakah kamu manusia itu makhluk juga?
kenapa terlampau sukar bersedih kerana buruk lakumu
dengan TUHAN?


Tidak malukah kamu,
membuat pinjaman tak ternilai banyaknya dengan Tuhan,
nyawa kamu,nafas kamu,deria kamu,
immuniti kamu,sihat kamu,fikiran kamu,sahabat kamu,
keluarga kamu,masa kamu,bahagia kamu,makan kamu,
kenderaan kamu,tempat berteduh kamu,pengetahuan kamu,
tapi kamu masih tewas pada nafs sendiri.


Hati ini perlu sensitif dengan-Nya
perlu sensitif..
perlu sensitif..
seandainya tiada,
kau perlu malu,
kerana kau memang manusia tidak berhati.

Daku kembali...

Salam Blogger!!!

Rindunyer, rsa cam dh lama sangat tak menitipkan sesuatu kat teratak bicara rindu ni. Biasela, kesibukan di luar kampus membataskan masa Perindu. Hmm, ade cerita menarik yang Perindu nak kongsikan di sini. 2-7 hb 2 lepas [kira baru sangat la ni] Perindu bersama 65 orang sahabat2 PIPAQ (Pendidikan Islam & al-Quran UKM) dari Kumpulan 2 mengikuti 1 kem ala2 kem ketenteraan la sbb mmg teruk kami kena ragging,hu6..Program ni sbnrnya under Dekan Fakulti Pendidikan dibawah seliaan Penyelaras kami sendiri iaitu Dr. Isa Hamzah. Paling bestnya sbb buat kat Pangkor, he6 dekat Kem Rimba Teluk Nipah.. pe yang sweetnya kt Pangkor??hmm,sama jer ngn tmpat len kot tp sbb Perindu ni kan mnela de msa nk camping n jln2 apth lagi kt pulau.. so peluang y dberi, takkan ku lepaskan camtu jer…

Selama hampir seminggu kat sana, banyak perkara y Perindu pelajari..mmg padanlah dengan nama Program ni Kem Bina Insan Murabbi KBIM. Oklah, Perindu ceritakan serba sedikit ye antara pengisian dan aktiviti y dijalankan. Panjang ni, tu pun dh bnyak y cut..

Hari pertama 3/2
Untuk memudahkan lagi pergerakan, kami dipecahkan kpd 4 kumpulan iaitu Bazzi, Qalun,Warsy dan Susiy (sempena nama2 Imam Qiraat 7). So, msa hari 1’st ni Perindu n shbt2 Susiy jd chef dan pak guard je spnjg msa. Boring + penat jugakla kan, tp apakan daya dah amanah n kerja kitorg. Jeles jugakla ngn mmber2 dr group len y advanced lagi dr kami ade y prgi jungle trekking n abseiling. Malamnya kami dihidangkan dengan LDK, dimana perlu siapkan beberapa task antaranya lakar logo/bendera kumpulan dan cipta trademark. Entah dr manala dtgnya clp, kumpulan Susiy jd bahan ketawa group len bermula dr malam petama hinggalah hari terakhir kami di kem. Sedey sesangat, apa2 pun ketahuilah kalian tanpa susiy tidak akan ada lagi gelak ketawa..huhu.

Hari K2 4/2
Ho3, rsa cam bebas dr segala2nya..yeala,dh tak payah terperuk kat dapur dan kejar monyet y curi barang makanan kt khemah seharian suntuk..de la kbaiknnya jugak, Hari ni Perindu n Susiy de Geng nak panjat bukit. Hmm, ikhlas hati Perindu katakan bukan masalah takut mahupun gayat nak abseiling ni tapi malu. Malu kerana diriku wanita, malu kerana terasa diri dipertontonkan, malu segala2 nya. Hati mmg smngt nak buat, lau taknak buat pon Perindu tahu pasti kena paksa buat jugak. Mula2 just jd pemerhati jela, lpas sorg2 mmber muslimat naik n turun..cam2 ragam boleh saksikan, ade y xde masalh cam btul2 pro jer, n de jgk y hmpir berjam2 tersangkut kat tengah2, tali tersimpul dek krn terlmpau ringan sgt empunya badan, kasut n sbagainya jatuh dulu n y paling tragis skali y xmmpu kwal prasaan takut n gayat, hingga tak mmpu trun ke bwah,kesian Perindu tgok..hmm, dalam duk perhati org len, hati tak pernah putus2 berdoa agar shbt2 muslimin pergi ke tmpat len, n terleka dengan aktiviti bebas diorg agar tak terpandang kami kat ats, alhmdulillah Allah maha adil..suara hati Perindu n kkwan y 1 fikrah didengari..masa Perindu nak nek ats tu, tersenyum kesorangan teringatkan kata2 dr Dr. Hamidah. Dia y bagi semngat lbh lpas Perindu luahkn apa y terbuku kat hati..”Think positif ……, diorg smua kkwan ….., masa ni kita dah tak fikir psal bnde2 camtu, kita nk uji daya thn fizikal msg2, kyakinan pada diri sendiri n whatever, ……… prlu buktikan” klakar la plop. Smua fasi2 muslimat tumpu kt Perindu jer, bg spport n motivated lbh, pdahal empunya diri tak kata apa. Hmm,bila smpai kt ats tu, kecut jgkla perut mmg tinggi ssgt. Bngunan 6 ,7, 8 tingkat la kot. Pndang kanan nmpak laut, pndang kiri nmpak bukit bukau. Subhanallah, cantiknya. Pemandangan y tak pernah Perindu lihat dengan mata sendiri..masa nk turun tu,mmg Perindu tak tgok cikit pon kt bwh. Terdengar sayup2 suara teman2, kak2 fasi n Dr. Hamidah memanggil2 nama..tnda sokongan, terharula jgk…..tak sampai 3 minit, kaki dah cecah kt bwah..cptnya,tak terasa kepuasan…de masa nk cuba lgi,hehe..bila smapai kt tapak perkhmahan, apalagi mkn smpai tak pndg org. lapar sngt, yea la dr tghri td Perindu n bbrapa teman Susiy tak menyentuh sebutir pun nasi, dek ketidakcukupan..dahulukn kpd teman2 dr group len..nsb bek pnsyrh n fasi2 tak tahu, lau tak mmg tak berasa la kami nak pnjat bukit utk abseiling..huhu..tidur lena dek kepenatan walau beralaskan pasir pantai n lengan.

Hari k3 5/2
Hari paling MELETIHKAN!!!!!!!dasyt sungguh hari ni..bermula dengan aktiviti jungle trekking “JT” kul 9 pagi..perjalanan y paling jauh, tak pernah lagi Perindu rasa letih smapai camni sekali bila join ane2 prgrm y lbtkn aktiviti JT ni,melainkan kt KBIM ni..air 3 botol bawak, habis diminum..bayangkanlah, panjat bukit secara menegak cmne..dahla batu besar2,tanah plak licin, pkok2 berduri xblh nk jdkn pautan..tuhan saje tahu cmne terujinya kami…krana terlampau ghairah, kaki pun dipaksa jugak utk myusun langkahan,mata y kuyu cuba ku luaskan pandangn…tnpa sedar Perindu terjatuh jgak k bawah merempuh 2,3 batang pokok, alhmdulillah tuhan bersama Perindu..lau tidak kerna pokok y menghalang kat depan, entah apala nasib Perindu..hdup lagi atau sebaliknya.. mungkin Perindu dah terjunam jatuh ke bawah gaung y penuh duri2 dan semak smun..dalam sangat,entah apa y trisi….sakit, hanya diriku y mngerti..n tuhan saje y thu..luka ku sembunyi dan tahan seorng diri,taknak krn aku shbt2 y len mnanggung ksusahn, mgglas beg n mmapah insan y tak brmaya ini..ku gagahkan jua diri bngun, trus mlgkah kedepan. .masa turun dr bukit, syukur ku pnjtkn pd Allah..akhrnya kami berjaya juga lalui cbrn ptama di hari k3 ini slps mylsaikan bbrapa checkpoint…sronoknya!!!prut pun dh lpar,jom mkn dulu…

Tak sampai je 1 jam rehat kt tapak perkhemahan, dah kena bersiap2 plak utk aktvti kdua iaitu snorkeling n water confident…huhuhu, Perindu mmg takut sgt ngn air, apatah lagi air laut..mmg fobia sgt..dlm hati, tuhan saje y tahu…apatah lgi bila dengar cerita y ngeri2 dr mmber group len y baru jer selesai turun dr laut. Ade y hanyut di bawa arus, lemas di tengah laut (Pensyarah kami sendiri),n cam2 tragedi la lg. walu bgaimnapun, smuanya krn tidak mndgr arhn dengan betul…..masa naik bot untuk ke pulau tempat kami jalani snorkeling ni rasa syok sangat..yea la, duk kat tgah2 laut…kita akan nmpak byak sgat pulau, cantik..ikan2 kt bwah..air jernih sgt…hijau…tak terucap dengan kata2, ciptaan tuhan y cukup mengagumkan….inilah mengajar aku erti syukur..alhamdulillah, msa group kami jalani aktiviti Sk n WC xde msalah y timbul….kami mmg sronok sgt, blh men air, mnyelam tgok ikan..batu2 karang,cewah!!!pengalamn y mgkin tkkan aku temui lagi lpas ni..penat pun hilang bila terlampau sronok…so, sape kata ustaz n ustazah tak mampu lakukan???kami dah buktikan….

Naik je ke tapak perkhamahan kami diberi arahan supaya bersiap2 untuk aktiviti ke3 plak iaitu perkhemahan malam. Penatnya!!!!!!kena paksa makan secra tergesa2, mandi air laut pun tak hilang kat badan, tersa lagi kemasinannya,pasir kt badan melekat lagi..time ni la duk ingat, “NAK BALIKKKKKKK!!!!” Mkn nasi pon rsa cam terlekat lgi kt anak tekak, tak mampu nk ditelan..kul 6.30 ptg kami dikerahkan berkumpul dan dibahgikan plak kpd bbrp kump kecil y tak lbh dr 4 orang..Stlh dbkalkan 1 plastik y terisi dengan serbuk belerang, kain khemah dan tali raffia, 2 plastik milo 3 in 1, 1 bgkus maggi, 2 biji telur, 3 batang mancis, 2 bekas untuk memasak n seikat lidi pendek untuk tugasan, sebotol mineral, torchlight n wisel kecemasan setiap kumpulan bergerak masuk ke dlm hutan dibawa oleh urusetia. Kumpulan Perindu semuanya perempuan, nasib baikla jgk dapat y 1 kepala, sng nk buat kerja…kami mneruskan perjalan mengekori sorg urustia dihdpn..ssmpai shaja di tapak perkhemahan kumpulan kami, msg2 terkejut n blur kjp..cmne nk buat khemah ni dengan keadaan lntai bumi y melencong ke bawah..di hdpan kami plak kwasan tanah jerlus seolah2 kesan tapak perangkap babi hutan, manakala di belakang terletaknya batu2 besar yang menjadi penghalang ke pantai..hmm,sambil berfikir tangan memainkan peranan. Mula2 kami cuba hidupkan unggun api,puas cari ranting2 tapi xde satu pun, apalagi bapak2 kayu la y jd bhn bakar mlm tu,1 bdn Perindu jd mangsa untuk patah2kan kayu2 y besar tu..lpas tu, kmi bina khemah, tali y diberikan tidak mencukupi utk bina 1 khemah so kami amik inisiatif ikat dgn mggunakan tumbuhan2 y bertali… kami bergilir2 solat sblum mula mmasak mggi n air milo..stlh slesai mjamu slera, 1’st time ni mkn maggi bakar n milo terlampau kaw msg2 dh nmpak kuyu jer mata…tugasan blm sntuh pon lg,dlm tgh2 bbncg psal sentry mlm ni sorg mmber kami menjrit lari lintang pukang…torchlight yang dipegang dilempar jauh, jenuh kami mencari2 dlm kegelapan..bila disuluh kearah y ditunjukkan oleh si M ni alangkah terkejutnya kami bila melihat seekor tikus y besar sgt tgh mghabiskan sisa2 maggi y dimakan td..kami perempuan, mmg xblh lari dr prasaan jijik n geli dgn bnde cmni…last2 ttidur keempat2 skali myb dlm kul 10, bkn sngaja tp mgkin krn trlmpau pnat..bila sedar jer, kami dh dikelilingi oleh para pensyarah n urusetia, tpat kul 2 pagi..malunyerrrrrr!!!!tak tahu nk ltak ktne muka,dhla malu lpastu kena marah plak, mmang silap kami..bahaya sgt, smua tido xde sorg pon y bjga, nsb baikla tidak ade apa2 y blaku…kul 5 pagi barula kami diarahkan utk kluar dr hutan slpas wisel sbyk 3 kali ditiup…Bahagianya..oyeh3!!!

Hari k4 6/2
Selepas jer ciap brkfast ngn nasi goreng n Nescafe panas, 1 lagi aktiviti mncbar y prlu dilakukan ari ni..eksplorasi pulau,bestnya!!!kami diarahkan berjalan mengelilingi pulau untuk menyudahkan bbrapa task y diberikan antaranya : 1) Menemuramah pemilik kedai pakaian berkenaan produk dan yang berkaitan 2) temuramah pemilik resort 3) mendekati dan temubual penduduk asal Pangkor berkaitan sejarah pangkor 3) mencari menara tinjau dan bergambar…time tugasan ni lah blh rasa nek lori,huhuhu..cam PATI la plop,duk kt blkg ramai2 keliling pulau. Sampai kat jeti, kami berjalan kaki beramai2 smbil mngibarkan bndera SUSIY,bangga rasa kjp….walau penat, tapi eppy sngat…bygkanlah tak pernah2 lagi Perindu bjln kaki ke fakulti kt kampus walau dekat tapi sampai je Pangkor kna eksplorasi pulau smpai 7 Kilometer…mak oiii!!jauhnya,tak sngka kami blh lakukannya..Alhamdulillah..hmm, walaupun di mata group lain kami ni kumpulan lemah n biase2 jer, tp hakikatnya utk task Eksplorasi Pulau ni kami y berjaya sampai dahulu berbanding group y len..saje taknak mendabik diri,biarlah kami dgn sft tawaddu’ n rendah diri ni,cewahhhh..lpas jer dr brjln jauh, Perindu n de Geng mmbuat persiapan srba sdikit utk mlm kebudyaan kul 9 mlm nnti..hmm, msa malam kebudayaan tu pada zahirnya mmg smuanya bjln baik tp berlaku cacat cela y amat tdk dsgka skali secra batiniahnya..lari dr prancangan asal…Perindu n sorg teman cuba mnahan prasaan,apakan dya kami terlmpau lemah utk bersuara…apth lg mlihat kpd mrk y mjd tnjg kkuatan kmi sblum ni seolah2 turut bersma2 mngotorkan mjlis dgn unsur2 y tak spatutnya…entahla, dimana silapnya..sedey sangat…rupa2nya, tiada bezala mereka dan kita….mlm tu,Perindu n N tdr beralaskan prasaan y serba tak kna, rasa bersalah, marah, malu n sbgainya..kami 1 khemah, so byak bnde y kmi share…

Hari k5 7/2
Hari terakhir di Pangkor. Banyak msa dhabiskn dengan bergambar ke setiap ceruk, Perindu dh takde mood utk semua2. Skadar pemerhati dr jauh..mmrhati keadaan skilling, cptnya masa blalu..lau sblum ni mmg terjerit2 taknak join, tp sampai jgk ke sini,dh nak balik pun..hmm, pglmn mngjr kita ssuatu..pangkor mngajar erti y tersirat buat Perindu sendiri…dlm masa 6 hari perjalanan n mnetap disini, byak bnde y Perindu dpt…n HILANG….byk knangan n kpahitan…mgkin smua ni adlh ujian buat Perindu….Tuhanku, kuatkanlah hambaMu ini, jgn biarkan aku mudah melatah n rebah dgn smua ni…jdknlah aku hamba y benar2 bertaqwa…..amin..

Pangkor mngajar ku…..
1) Mengenali siapa sbnrnya diri ini…
2) Siapa sebenarnya y dikatakan teman,sahabat n kawan
3) Benarlah pepatah tak kenal,maka tak cinta…peluang mendekati pensyarah2 len especially Dr. Hamidah, Dr. Norlena, En. Taib, Dr. Rozaini n En Abu Yazid
4) Jangan menjadi insan y suka member alasan
5) Disiplin membentuk perwatakan sseorang
6) Jauhi sikap tabrir
7) Belajarlah menjadi orang bawahan terlebih dahulu sebelum layak menjadi orang atasan
8) Komunikasi berkesan penting sebagai seorang murabbi
9) Perlu ada keyakinan diri
10) Ikhlas dalam melakukan sesuatu bukan kerana teguran mahupun pujian orang lain
11) Belajarlah sesuatu daripada pengalaman walau perkara itu kecil di mata kita
12) Knowledge is power
13) Leadership, communication, teamwork n critical thinking skill.
14) Jangan pandang sebelah mata
15) Ikhlas bukan pada kata2
16) Bersyukur apa yang ada, n yang paling penting bersyukur pada yang memberi
Banyak lagi…….smuanya terpahat fi qalbi…..Wallahua’lam