Saturday, February 27, 2010

Dia Kekasih Allah...

Salam Maulidur Rasul 1431 diucapkan kepada seluruh umat islam. Bersempena dengan hari yang penuh bermakna ini, ayuh bersama-samalah kita berusaha untuk mempertingkatkan rasa kecintaan kepada Rasul kita Muhammad SAW Penghulu segala Nabi, yang sememangnya telah lama subur dan bertunjang dalam akar jiwa2 islam kita. Persoalannya, apakah yang perlu dilakukan oleh kita sebagai umatnya untuk membuktikan kecintaan kepada baginda Rasul dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT?Adakah dengan cara berarak di keliling padang dan sebagainya setiap kali tibanya 12 Rabiul awal boleh dikira sebagai bukti kasih kita kepada Baginda, sedangkan dalam kehidupan harian tidak seperti yang diajar oleh Baginda....malah terpesong jauh daripada tuntutan sunnah dan kalam Allah...


Sesungguhnya, keimanan kepada Rasul mewajibkan umat Islam melakukan segala suruhan dan tuntutan yang telah tersedia digariskan oleh Allah SWT Kholiq yang Esa sebagai panduan di dalam kalamNya...antara tuntutan tersebut ialah:



1)Mematuhi segala arahan dan perintah baginda berdasarkan firman Allah SWT-al Nisa 13 dan 14 yang bermaksud:


"Sesiapa yang mematuhi Allah dan RasulNya nescaya Allah akan memasukkan dirinya ke dalam syurga yang mengalir dibawahnya anak-anak sungai; mereka kekal di dalamnya. Itulah kejayaan agung. Akan tetapi, barang siapa yang menderhaka kepada Allah dan Rasul, menginjak batas laranganNya Nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam neraka. Ia kekal di dalamnya dan baginya seksa yang amat menghinakan dirinya."



2) Wajib menyayangi Baginda berdasarkan firman-nya dalam surah at-Taubah ayat 24 :

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka)."


3) Wajib beriman dengan sifat "Ismah" Baginda. Allah SWT berfirman :
"Dia (Muhammad) tidak pernah menuturkan (sesuatu ajaran agama) kerana nafsu. Semua (pertuturannya) adalah berdasarkan wahyu yang diturunkan (kepadanya)."

an-Najm : 2-3


4) Wajib menghormati, menghargai dan mengagungkan Baginda.

"Agar mereka beriman kepada Allah dan Rasul-Nya; selain daripada memperteguh dan menghargai (memuliakan) nya."

al-Fath :9

5) Wajib mematuhi dan merujuk hukuman dan keputusan Baginda. Selain wajib akur dan rela dengan keputusan tersebut. Firman Allah SWT :
"Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya."
an-Nisa' : 59


6) Wajib mengikut dan melanjutkan dasar perjuangan hidup Baginda; iaitu memperjuangkan dasar islam yang hakiki iaitu islam yang merangkumi segenap bidang kehidupan baik politik, ekonomi, budaya dan sebagainya.
"Maka Demi Tuhanmu (Wahai Muhammad)! mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan Engkau hakim Dalam mana-mana perselisihan Yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa Yang telah Engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu Dengan sepenuhnya."

an-Nisa': 65



7) Mendidik anak-anak supaya menyayangi dan mengikuti jejak langkah Baginda dengan menyebarkan pengajaran Sirah dan riwayat hidup Baginda Rasulullah SAW....Rasulullah SAW bersabda :
"Didiklah anak-anak kamu agar memiliki tiga sifat: Cinta kepada Nabi kamu, cinta kepada keluarganya dan suka membaca al-Quran."
Silsilah Doifah : 2162


Wallahua'lam....

No comments:

Post a Comment