Sunday, February 28, 2010

Aduhai Muslimahku.....

Berhikmah disenangi Allah dan makhluk. Lidah dan mulut dikurniakan Allah untuk kita berkata-kata dan faham antara satu sama lain.Lidah tidak bertulang, oleh itu berhati-hatilah di dalam setiap patah perkataan yang diucapkan. Kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa. Lidah lebih tajam daripada mata pedang,ianya ibarat racun berbisa jikalau salah digunakan. Kerana itu kita haruslah berfikir beberapa kali sebelum menuturkan sesuatu, kerana akibat daripada silap percakapan kita itu akan membawa kepada kerosakan yang besar.

Tutur kata yang mengandungi hikmah dan cara yang bijaksana akan mengeratkan lagi ukhwah dan persaudaraan. Kerana itu Islam sangat menggalakkan berhikmah di dalam tutur kata dan bijak di dalam tin dakan. Ibarat seorang doctor, apabila kita sebagai pesakit bertemu dengannya lalu dia bercakap dengan lemah lembut dan berhkmah, rasanya sebahagian daripada sakit kita terasa hilang. Jiwa menjadi tenang. Tetapi jika doktot tersebut mengeluarkan kata-kata yang kesat dan kasar, bertambah parahlah lagi sakit yang kita deritai, bukan sahaja itu malah bertambah satu lagi sakit iaitu sakit hati.

Oleh kerana itu, Allah memerintahkan Nabi Allah Musa berlemah lembut dengan Firaun,sedangkan di dalam sejarah jelas bahawa Firaun sememangnya bersifat kejam, sombong, angkuh dan ego. Sehingga dirinya dianggap sebagai Tuhan. Dengan manusia yang mengaku Tuhan pun Allah suruh Nabi Musa berlembut dan berhikmah dengannya, kerana hikmah dan bijaksana itu adalah lambang ketinggian akhlak kepada orang yang beriman.

Hikmah dan bijaksana sanat perlu di dalam kehidupan manusia. Apabila manusia ditimpa masalah sesame manusia,maka tindakan yang diambil perlulah bijak dan berhikmah. Misalnya suami yang balik ke rumahdi dalam keadaan yang marah-marah, maka isteri harus bertindak bijak menangani emosi suami. Perkataan yang lemah lembut dan senyuman yang manis serta layanan yang baik, pasti akan mengurangkan tekanan yang dibebani oleh suami.

Termasuk antara ciri-ciri utama seorang wanita yang bijaksana dan cemerlang adalah gemar mencari ilmu ditengah-tengah kesibukannya melayani anak, suami dan mengurus rumah tangga. Menjadi ibu dalam rumahtangga sama sekali bukan halangan untk tetap mencari ilmu.Bukankah setiap insan wajib melakukannya hingga akhir hayat? Apalagi untuk ilmu-ilmu wajib yang berkaitan akidah, akhlak dan syariah. Tetapi bagaimana caranya, bila anak sudah empat, sedang pembantu tidak ada? Atau waktu habis untuk bekerja, tenaga berkurangan dan fikiran turut terganggu…Sebenarnya, ia bergantung kepada kemahuan dan kretiviti individu itu sendiri.

Wanita yang berani adalah termasuk ke dalam kategori wanita yang bijaksana dan cemerlang. Pada zaman kekhalifahan Umar, terjadi satu peristiwa menarik berkaitan keberanian seorang wanita dalam memperingatkan kesalahan khalifahnya. Kisahnya, ketika dalam sebuah majlis, Umar menyampaikan pidato kepada kaum muslimah, khalifah menganjurkan mereka untuk tidak membebani calon-calon suami mereka dengan mahar yang terlalu berat.

Maka tiba-tiba salah seorang muslimah berdiri sambil mengangkat tangan dan minta izin untuk berbicara mengkritik saranan tersebut. Si muslimah mengemukakan dalil yang menguatkan bahawa kaum mulimah mempunyai hak penuh dan bebas dalam menentukan besar maharnya. Adapun jika mereka ingin meringankannya, ia adalah atas kerelaannya sendiri.

Itu adalah contoh indah di mana, khalifah menghargai hak berbicara kaum wanita yang menegur kesalahannya secara langsung. Jadi pada prinsip kaum wanita pun memiliki hak untuk turut mengawal berlakunya pemerintahan. Sebabnya jelas,bahawa ada kepentingan diri dan untuk para wanita berkenaan hajat hidupnya. Lelaki yang maju perlu didampingi oleh wanita yang juga terdidik.

No comments:

Post a Comment