Thursday, December 16, 2010

"Dia dapat tp aku tak,why???"

Kadang2 apa yang kita tak dapat tu memang bukan milik kita sepenuhnya. Allah itu Maha Mengetahui setiap sesuatu. Apa yang terbaik & sebaliknya buat kita, dan sebagai hambaNya bukanlah menjadi hak kita untuk meragui setiap ketentuan Ilahi apatah lagi mempersoalkannya. tapi biasalahkan manusia, sikap sentiasa rasa tak cukup & puas hati dengan apa yang dimiliki seolah jadi sebati. Hmm,memang tak dapat dinafikan walau sekuat mana pun dicuba untuk terima ketentuan itu, bila menyaksikan kebahagiaan n kejayaan mereka di depan mata, hati terasa lemah, jiwa bagai memberontak, sbb terasa diri ini banyak kelemahan tak dapat memiliki apa yang mereka miliki. Ape pun kita kena ingat Allah menguji kesabaran hambaNya, setabah mana hati yang lemah untuk terima. Itulah kayu ukurnya, iman pendinding segalanya..sekuat mana pun cubalah ditelan bulat2... Tapi jiwa tetap gundah, macam cahaya malap memayungi kita,Betul tak? tak tau bila "spotlight" memancar terang pada kita pulak. Huhuhu ... Sama-sama muhasabah diri balik, adala tu clp dan tersangkut kat mane-mane..So, i wont feels this misery anymore. Moh pakat hayati lirik lagu dr UNIC, moga y tengah frust2 tu bangkit bersemangat balik,hehe..


- Langkah Tercipta -

Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelamun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta

Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu


Dalam Hadis Qudsi dinyatakan bahwa yg mula pertama ditulis ALLAH dalam Loah Mafhuz ialah:"Dengan Nama ALLAH Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang. Sesungguhnya org yg tunduk dan patuh berserah diri kepada QadaKu,Redha dengan hukumKu, dan bersabar atas ujian dan cobaanKu,Nescaya Aku bangkitkan dirinya pada hari Qiamat kelak bersama2 dengan orang2 yg mempunyai mertabat siddiqin."


(HQR Dailami yg bersumberkan dari Ibnu Abbas R.A.)


maybe I received NOTHING I wanted but i received EVERYTHING I needed...

Friday, November 12, 2010

Hadiah dari hati


























Sunday, October 31, 2010

Aku, Lim dan Islam

Untuk dikongi bersama, sebuah kisah benar dari sorang insan…Semoga jadi tauladan...



Dari Jeram Pasu

on Monday, September 6, 2010 at 10:11am

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.


Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.


Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya." He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah!Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku. Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. ..Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.


'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? .Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab.

Dan Lim terus berkata-kata.Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.

Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah!Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.


Wednesday, October 13, 2010

AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP



1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.


2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.


3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.


4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.


5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.


6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.


7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.


8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.


9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.


10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi


11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.


12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan


13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi


14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh


15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.


16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah


17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum


18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu


19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman


20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana


21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung


22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari


23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah


24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah


25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA


26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari


27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH


28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur


29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan


30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) - Bukhari


31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW


32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh


33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari


34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari


35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - bukhari


36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang


37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud


38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya


39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim


40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari


41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya


42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih


43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih


44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain


45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu dawud


46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya


47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar


48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib


49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami


50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

Saturday, September 11, 2010

Di Sebalik Iklan Raya 2010 TV3

Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yang memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas. Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kaca televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya? sila lihat sendiri videonya di link ini:http://www.youtube.com/watch?v=YKN5jW8WJ9Y
Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak mempercayainya atau tidak, terpulang.

Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.
1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible

3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan

4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur

5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis

6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM

7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran




Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
5.Pokok Krismas - Simbol Paganism



Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.
1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)
1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.


Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.
1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.


Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.
1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.
1. Kondo - Bandar/Middle Class.
Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang 'menyalib' setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?
Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka. Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..

Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..

Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: "Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka" (2:120).

Thursday, September 9, 2010

Mintak senafas


Mintak senafas utk wish kat 1 dunia,lalalala....Salam Edilfitri Perindu ucapkan kepada semua, terutama buat keluarga terdekat mak ayah kt Bachok, K.nik & A.man skeluarga,K.yah skluarga,k.nah & A.lan skluarga,A.mat & K.nor skluarga,K.noh & A.suf skeluarga,A.wei,A.him & Ucu serta sanak saudara dengan ucapan 1000 kemaafan ku mohon dari kalian atas segala kekhilafan diri, insan yang dhaif lagi serba kekurangan selama usiaku sama ada sengaja @ tak disengajakan..Diharapkan juga kehadiran Syawal kali ini memberikan sesuatu yang bermakna buat kita sekeluarga,moga dirapatkan hati-hati kita menuju satu cinta, iaitu menggapai hubbufillah....
Buat sahabat2 yang mengenali diri ini sama ada di alam maya @ reliti, Geng PIPAQ 06-10 tristimewa buat Kak Aini, KakDa,Kakza,Kak Asiah, Kak Mizon,Kak Razmalinda,Wardah ashauqah, El aniyyah, Orkid berduri, Sihhah dan sewaktu dengannya,Moga berbahagia selalu,sbr tunggu posting yea,yang dah kerja hrp wat yang terbaek,jd guru y berdedikasi n amanah pd tggungjawab,maaf slh silap,lau pernah terbuat kalian kecewa hrp semua dah jd 0-0,syg giler kat kalian...moga nanti akan ade suatu masa utk kita bersama mencoret kembali kenangan lalu n menarik kembali tautan ukhwah yang longgar seketika.....Sahabat-sahabat ex-PERDANA K.Mashei,BabyFiqah,Bei,Aya,DayahYDPah,DayahJoe,Tiey,Sya,Azei,Sue,K.nor,K.dyh,Balqis,K.Farah,
Azizan,Noriah,Fifah n sealiran dengannya dengan ucapan bila la reunion kita nk jadi ni???asyik tangguh jea,pe2 pom selamat hari rya maaf slh silap ambo,slalu gurau pelik2 & kekadang terlebih nakal,bukan pe sbb dh aggap kalian cam adk bradik sdri,sdey sgt dh btahun kita tak jumpa..enatah camne la keadaan semua...
Tak lupa jgk buat kluarga di PULDOA Kok Lanas, kkitangan n tenaga pengajar serta adik2 orang asli...berya-braya jugak,nanti jgn lupa dtg balik smbg pngajian yea...trima ksh utk pglmn yang tak ternilai hrganya...sayang adik2 smua..
Salam Edulfitri, maaf zahir dan batin....di sini ade beberapa ucapan raya yang dihantar oleh teman2 terdekat,nk Perindu kongsi bersama:
Bukan senang menjaga bicara & tidak mudah menjaga tingkah...sering salah menafsir maksud,lantas hati bersangka buruk...kadang silap menyusun kata,lalu terus memesong makna..diri memang tidak sempurna...mohon ampun salah silap..moga aidilfitri ini bermakna, Salam Hari Raya..
Sebening air wudhu', sesuci al-Quran, semerdu alunan azan, seindah solat 5 waktu,setenang hati yang tiada rasa benci dan dendam,jika tangan tak sempat berjabat,jika wajah tak sempat ditatap,bukalah pintu kemaafan buatku...yang kerdil dan tidak sempurna ini..Selamat Hari Raya,maaf zahir n batin..
Andai diri jarang bersua, andai ada kata2 yang terkesan di jiwa, andai diri penuh kekhilafan pada si empunyer, ku pohon maaf pada insan2 yang teristimewa...semoga berjaya ddunia & akhirt...amin
Salam Aidilfitri..untuk setiap kata yang tak terjaga, hati dengan prsangka, janji yang tak terpenuhi, kesalahan yang sengaja, khilaf yang tak disengaja...Maafkan manusia yang tak smpurna ini...Salam Eidlftri
Saat berkata mungkin pernah dusta, saat berjanji mungkin pernah m'ingkari, saat bergurau mgkin pernah menyakiti...Kesempurnaan hnya milik Yang Kuasa, kkurangan & ksilapan milik diri ini tp datngnya ttp dr Allah...Salam Eidul Ftri,maaf zahir batin...Kullu aam wa Antum bi khair...
Selamat hari raya aidilfitri wat my fren,moga hdupmu dberkati Ilahi..Maaf,tak balik raya Kelantan tahun ni,tak ley g umah....
Salam lebaran buat shbt n kluarga, maaf lahiriah n batiniah...moga lebaran ini kita mdpt cinta Ilahi & kasih syg insani...

Wednesday, August 25, 2010

BLOODY HANDS


Island Hospital warning !!
For your information,( very Urgent ) If you see a guy (especially Indian) who rides a motorbike with a bloody hand knocking on your window demanding you to stop and asking for tissue paper to clean the blood when you are driving a car, remember DO NOT stop the car at all. Even if he damages your car or holds the side mirrors tightly, DO NOT stop the car but drive directly to the nearest police station. This kind of criminal tactics have been reported in about 40 cases in Seremba n, K. Lumpur, Shah Alam, P.Jaya and Klang Town police stations (actually around the whole country). These guys are mainly Indian gangsters, They work in a group and dare to commit this crime even in crowded areas where nobody will dare to stop the car to help you. The main purpose of this dirty tactic is to rob you and/ or even commit rape if you are female driver driving alone.


Friday, August 20, 2010

PADERI MELAYU


PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG - RAZMAN ZAKRI .. SEKARANG KRISTIAN SEDANG AKTIF DI SEREMBAN 1900 ORANG PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG. MEREKA MENGGUNAKAN SIHIR. BERHATI- HATI DENGAN AIR MINERAL JENAMA:-

1. AL -BARAMKAH

2.AL-MANSORI

3. AL-BISTARIA


P/S : SAMA ADA DIPEROLEHI SECARA PERCUMA ATAU DIJUAL MURAH SEMUA AIR-AIR INI TELAH DICAMPUR DENGAN 'HOLY WATER' .TOLONG JASA BAIK SAHABAT/SAHABIAH SEBARKAN MAKLUMAT INI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM/& DLL. SESUNGGUHNYA KITA TAK TERMAMPU MEMEGANG SENJATA UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ISLAM, AKAN TAPI KITA BOLEH LAKUKAN DENGAN BERUSAHA MEMBANGKITKAN KESEDARAN SAHABAT SEAGAMA KITA DENGAN MAKLUMAT SEBEGINI.. SEMOGA KITA DIRAHMATI OLEH ALLAH SWT..

Wednesday, August 18, 2010

BUAT INSAN BERGELAR SUAMI

SUAMIKU BERUSAHA MENJADI ORANG BERTAQWA DI BULAN RAMADHAN

Salam isteri-isteri yg dimuliakan..
Apa yg amat mengembirakan dan membahagiakan anda pada hari ini ialah apabila melihat suami anda bersungguh2 mencari redha Allah dan berusaha menjadi orang bertaqwa di akhir Ramadhan nanti.Bulan yang penuh barakah ini adalah khas untuk suami-suami membaiki ibadah khususnya seperti solat, memantapkan bacaan Al Qurannya, menguatkan iman dengan membaiki kualiti puasanya dan meneguhkan aqidahnya dengan menuruti sungguh-sungguh amalan puasa yg diamalkan oleh Ar Rasul SAW.
InshaAllah.
Bergembiralah anda jika anda lihat suami anda:
1. Bangun sahur dengan mengambil wudhu sebelum menjamah makanannya. Malah lebih syahdu jika anda lihat dia ruku' dan sujud sebelum bersila di hadapan hidangan.
2. Mengejutkan anak2nya yg masih kecil dengan kasih sayang mengajak bersahur untuk belajar berpuasa siang harinya.
3. Tingkahlakunya yang lebih sabar yang tidak cepat "panas baran" apabila kesilapan yang dilakukan oleh anak2, anda dan juga dirinya sendiri di sepanjang siang harinya.
4. Bertanyakan kepada anda sebelum membeli juadah untuk berbuka dan membantu anda menyediakan dan menyiapkan hidangan untuk berbuka puasa.
5. Meminta kebenaran anda untuk berbuka di surau / masjid bersama-sama dgn kariah mencari pahala memberi makan kepada musafir yang berpuasa di masjidnya.
6. Dia yang membaca doa berbuka puasa.
7. Semasa berbuka, selepas dia menjamah tiga biji buah tamar, dia mendahulukan anak2nya makan hidangan kegemaran mereka. Dia tidak marah jika makanan kegemarannya dia habiskan oleh anak2nya.
8. Dia mengajak anda dan/atau meminta anda menguruskan anak2nya ke surau untuk solat isyak dan terawih berjamaah.
9. Dia menyatakan puasnya dapat menghabiskan kesempurnaan solat terawih dengan solat witir bersama jamaahnya.
10. Dia menceritakan bacaan tajuwidnya banyak ditegur oleh rakan-rakan setadarus dan mengharap bacaannya bertambah baik pada malam esoknya.
11. Sebelum dia masuk tidur, dia memantau di dapur memastikan nasi di dalam periuk eletrik sudah tersedia dimasak untuk sahur esoknya.
12. Dia memperingatkan anak-anaknya agar tidur awal untuk bangun awal esoknya.
13. Dia memastikan jam loceng atau handfon yang ada "alarm" tersedia untuk mengejutnya pada jam 5 pagi esoknya.
14. Dia menyatakan kepada anda yang dia bercita-cita untuk mendapatkan Malam Laillatul Qadar" di sepuluh malam terakhir dengan meminta kebenaran anda utk beriktikaf di masjid yang berdekatan.
15. Dia menanyakan kepada anda, tarikh untuk bershopping membeli pakaian untuk anda dan anak2nya.
16. Dia tutup setiap malam dgn memeluk anda walaupun anda membelakanginya dengan kedengaran sebutan lidahnya membaca "Tiga Qul" sebelum berdengkur meninggalkan alam sedarnya.

Inilah kebahagian hakiki seorang isteri kerana suaminya berusaha menjadi pemimpin yang bertaqwa untuk melayari bahtera keluarganya ke destinasi yang hakiki. Ke Syurga Jannah.
Selamat Bergembira dan Berbahagia Wahai isteri2.....

Tuesday, August 10, 2010

My Big Day

Alhamdulillah,tak terucap syukur di bibir setelah bertahun akhirnya secara rasmi bergelar graduan, tarikh keramat 9 Ogos 2010 kan tersemat kukuh, pnuh warna warni hadiah buat kami insan2 yang pernah hidup sebagai siswa siswi....Tahniah buat diri sendiri & sahabat sahabiah seperjuangan atas kejayaan yang dicapai..cukup manis saat di alam kampus, timbunan assgment, kesibukan musim exam, ledakan manusia kat library dan smuala..Peluang menjadi one of the UKM graduated saper tak bangga, menyelirap darah ke muka bila dengar je nama UKM.. Di situlah tempat ku mula mengatur langkah hingga kini sudah boleh berlari pantas, sahabat, kawan n lawan, ilmu, teori n pngalaman, tangisan, riuh tawa n kegembiraan, silih berganti..semuanya ku pelajari n temui...
Sekalung terima kasih buat kedua ibubapaku ats penat,jerih n keringat y dicurahkan utk mmastikan sgala2nya cukup smpurna utkku adk bradik, serta doa y tak putus2 utk kjayaan kami.. Mak & Cik slalu pesan, "ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah diri kalian hanya pada Allah.Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadilah diri kalian gembira kerana Allah...", "Walau di celah bumi mane pun kita berpijak,kalau tak lupa asl usul, selalu ingt kt Dia, datanglah ujian n cubaan sekuat mane pun inshaAllah kita mampu lalui dengan tenang"...Benarlah,kerana ketenangan adalah anugerah Illahi untuk hambaNya yang bertaqarrub padaNya...
Bila kenangkan kembali amanah n tanggungjawab besar yang tergalas kat belakang, hati jadi serba tak kena...cam2 perasaan bercampur baur..mudah2an dipermudahkan jalan yang bakal ku lalui lepas ni....doaku buat diri sendiri n sahabat2, moga ilmu y dpelajari di alam kampus dan sepanjang hidup sebagai pelajar tak terhenti sekadar di hamparan kertas jawapan peperiksaan semata-mata, tapi diamalkan & berkongsi bersama...selamat menjalankan tugas & amanah dengan penuh keikhlasan dan jadikan kerja kita sebagai ibadah untuk menggapai syurga Allah. Doaku sentiasa mengiringi sahabat-sahabat semua.

Monday, July 26, 2010

Kenangan Bersama

Langit masih belum cerah
Tampakkan seri pudar suasana

Wahai adikku kau tersenyum

Merawat sengsara yang berkarat di hati




Walau kau jauh nun di sana

Tak kan ku lupakan kenangan bersamamu

Moga Allah kan memayungi

Dengan rahmatNya
Kasih sayang terjalin




Kekanda jujurnya hatimu

Tak pernah ku ragukan katamu

Onak duri ditempuh bersama

Kerana Allah kita bertemu

Dan keranaNya kita berpisah





Oh kita suka dan duka dalam apa jua

Kekanda semoga Allah meredhai kita

Sesungguhnya senyumanmu

Masih lagi ku simpan




Ku mencari ku tercari

Ku menunggu ku tertunggu

Dirimu agar terubat lara


Thursday, July 22, 2010

Al-Fatihah buat arwah


Kehidupan sudah pasti, kematian suatu kemestian. Tanpa mengira usia,siapa kita,bersedia atau sebaliknya, ajal tetap akan tiba. Apa yang membezakan antara kita hanyalah waktunya sama ada cepat atau lambat seruaan Izrail datang menjemput. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud “Apabila telah datang ajal mereka, mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat pula memajukannya” ( surah al-A’raf,7:34), “Tiada seorang pun yang dapat mengetahui dengan pasti apa yang akan dikerjakannya esok hari, dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati” ( surahLuqman,31:34).

Demikianlah hakikat hidup insan. Deringan mesej dari i-mobile petang semalam benar-benar mengejutkan aku yang ketika itu sibuk melayan karenah anak-anak buah di anjung rumah.”Salam, ni kak Siti. Ingat lagi tak dekat Faris Rezwan pelajar paling nakal darjah 5?Dia dah meninggal, mati lemas. Semalam baru jumpa mayat”. Ya Allah, Maha Suci Engkau Tuhan yang menciptakan sesuatu. Hanya Engkau yang menghidupkan dan Engkau jua yang berhak mematikan. Terpaku diri saat membaca setiap kalimah mesej itu, pandangan terhenti pada ungkapan sebuah nama yang cukup aku kenali. Faris Rezwan atau Mohd Faris Rezwan, insan yang banyak mengajar aku hakikat sebenar seorang guru, mendidik diri erti kesabaran dan keyakinan. Dia pernah membuat diri tersenyum, dan terkedu. Masih ku ingat kata-katanya sewaktu dimarahi aku dek kenakalannya yang terlampau, “Ala ustazah, rileksla. Asyik-asyik saya je yang kena. Macamla budak-budak lain bagus sangat.”, air mata jernih mengalir tanpa sedar, sayu hati ini mengimbau kekadang diri tertewas pada godaan syaitan. Ingin sekali aku berkata,”Yea, ustazah tahu. Faris pun baik jugak cam kawan-kawan lain, kalau tak masakan Faris boleh siapkan kerja rumah senaskah buku sebagai denda kegagalan menghafaz surah al-Muthaffifin sedangkan ada yang tidak berbuat begitu”, tapi mulutku terkunci, astaghfirullah…egonya diri. Maafkan Ustazah, bukan bermaksud membenci dirimu, apatah lagi membeza-bezakan antara kalian. Ustazah sayangkan semua, tidak ada lebih atau kurang. Ustazah ingin lihat kalian semua berjaya, bukan seorang dua.




Ikhlas ku katakan, wajah-wajah kalianlah pengubat di saat hati gundah gulana memikirkan masalah tertimpa, senyuman kalianlah menjadi hadiah di kala diri ditimbuni tugasan kuliah dan projek persatuan, malah semangat kalianlah yang mencetuskan inspirasi buat hati ini untuk menjadi bakal daei sebenar. Memandang wajah-wajah comel dan suci membuatkan perasaan amarah hilang pergi. Tapi semua itu dulu, 3 bulan yang lalu ketika diri yang kerdil ini diberi kesempatan menjadi salah seorang tenaga pengajar KAFA di salah sebuah sekolah rendah Bangi. Innalillahi wainna ilaihi rajiun, ku tersedar dari dunia lalu. Tidak pernah diduga, engkau pergi dulu di usia yang cukup muda, tiada yang mustahil bila Tuhan menghendakinya. Moga pemergianmu Mohd Faris dari dunia nyata ini memberikan sesuatu buat teman-teman yang lain, sama-sama memuhasabahkan diri dan menyedari janji Allah itu pasti. Tiada yang mampu buat diri ini, melainkan menghadiahkan al-Fatihah buatmu dan mendoakan agar dirimu tenang di sana, dicucuri rahmat tuhan dan di tempatkan bersama para syuhada, amin……Selagi diizinkan tuhan, kan ku kirimkan doa buatmu selalu.

Terfikir di benak diri, kematian hadirnya membawa mesej penting buat mereka yang masih bernyawa agar tahu bahwa hidup ini ada tujuannya. Kematian bukan utuk ditangisi tetapi memberi nafas baru kepada kita untuk mencermin diri sejauh mana persediaan dan bekalan yang ditabung untuk dibawa apabila menghadap Ilahi. Kita boleh dijemput-Nya bila-bila masa dan di mana sahaja. Inilah amaran bagi orang-orang yang masih hidup agar lebih peka bahawa perjalanan hidup ini pasti bernoktah.


Selagi ada peluang bernafas, marilah kita sama-sama memperbaiki hidup ini agar lebih mulia di sisi Allah di samping tidak melupakan kehidupan dunia sebagai titian menuju akhirat.

Wallahua'lam....




Arwah Mohd Faris Rezwan

Tuesday, July 20, 2010

….DIA….


Wsalam.Mshaallah,dugaan..send kat blog ye ape2,nt akak cuba muatkan..ckap ngan dorang jgak, if nt race nk blajar ckp ye..kot ada ruang J


Jgn sdey2 ye. Byk shukur ats ksmptn bsama wlu hnya skejap kan…Mg ukhwah kta brkekalan. Indah sgt memori brsama…L


Alfun mabruk shbatku,J Allah izinkan ukhti mlepasi sgalanya..Moga ceria n tenang2 selalu….


Ya Ukhtil kariimah. Mg redha Allah sent brsama kita JJBittaufiq wannajah ye..


Ya Allah…la yukallifullah nafsan illa wus’aha..byk2 doa ye..

.........................................................................................................................................


Berulang kali ku renung bait-bait mesej pendek yang pernah dikirimnya suatu ketika. Walau hari berganti siang dan malam silih melabuh tirai, ungkapan mesej yang sama tetap ku tatap seolah-olah baru sahaja menerimanya, walau cukup ringkas but so meaningful for me apatah lagi jika dikenangkan kembali tentang “dia”. Terasa bagai baru semalam gelak tawa dan tutur kata bergema di telinga, menceriakan suasana dan membahagiakan mereka sekeliling…Cukup ku hargai kehadirannya walau keakraban sebenar hanya mula bercambah sesaat akhir di bumi pengajian. Sengaja ku titipkan entry kali ni khusus buat dirinya, kasihnya adik buat seorang kakak, ikhlasnya hati untuk bersahabat apatah lagi bila dipertemukan dengan insan sebaik dirinya. Indah sungguh berukhwah andai semuanya kerana Allah, senang diungkap dengan basahan lidah namun sukar diterjemahkan kembali dalam perilaku harian jika diri berseorangan tanpa bantuan teman sefikrah.



Dia yang ku kenali, bukanlah sesiapa. Bukan niat mengagungkan kerana dia juga yang diciptakan, tetapi sebagai bukti mahalnya kasih dan cinta dalam persahabatan. Mata memandang sama tapi bagiku ada beza. Dia gadis biasa namun tak serupa. Walaupun bukan selalu bersama, mengutus perkhabaran melalui sms sudah menjadi biasa. Dalam tak sedar banyak perkara yang mula ku pelajari selama mengenal dirinya. Wajah yang tenang, berperwatakan tegas tapi cukup baik hati membuatkan diri disenangi ramai. Bersamanya pernah kami melakar kuntuman bunga warna-warni kebahagiaan, bertanyakan pandangan dan nasihat serta melalui detik-detik sukar. Terima kasih buat dirinya kerana sehingga saat ini kami “adik2” masih lagi diberi kesempatan dan penghargaan untuk merasai kasih sayang dan memilikinya sebagai sahabat dan kakak sama seperti sebelum ini.



Ku akui, hasil nurkilan pena bukanlah tandingan bagi menceritakan kembali gugusan semalam yang telah berlalu bagai semanis madu. Semalam 19 Julai, tepat jam 1200 berangkatlah dirinya sebagai srikandi daei terbang ke negeri bawah bayu menyahut lambaian dan janji, menaburkan segala bakti pada benih-benih gersang yang sedia lama menanti. Walau berat kaki melangkah pergi, namun memikirkan tanggungjawab dan amanah besar tergalas di bahu perjalanan kan akur diteruskan. Siapa yang tidak gembira, bila saudaranya bahagia dan mencapai apa yang dihajatinya selama ini, begitulah jua diriku dan teman seperjuangan. Alhamdulillah, senyuman masih lagi terukir di bibir di saat mengkhabarkan dunia barunya, menterjemahkan suasana biah yang cukup sebati dengan jiwa tulusnya.



Apa lagi yang ku harapkan darimu sebagai teman, melainkan agar dirimu sentiasa bahagia dan bersyukur atas kurniaanNya, walau jauh diri melangkah ingatlah kami yang masih di sini, wajah-wajah yang pernah hadir dalam harimu satu masa lalu. Moga Allah memberkati kita dan memanjangkan jodoh pertemuan antara kita untuk bersahabat selamanya walau jarak dan masa menjadi pemisah. Ku kirimkan doa dari kejauhan agar dirimu diberi kekuatan hadapi apa jua rintangan, istiqamah dalam perjuangan serta dijauhkan daripada sebarang ketidakinginan.. Biarlah jauh di negeri orang, tapi masih bumi tuhan. .



Tiada yang hebat selain Allah sebagai pelindung diri untuk menjaga dan memeliharamu walau jauh dari pandangan insan-insan terhampir. Pergilah dirimu sahabat menggenggam sebutir azam, mendidik anak bangsa dan pulanglah dirimu bersama rimbunan pengalaman dan tambahan ilmu di dada. Sungguh, kepulanganmu di hari bersejarah nanti adalah hadiah tak ternilai buat kami, insan yang kan selalu menyayangi dan merinduimu…Moga diberkati Allah selalu..

Sunday, July 4, 2010

Sisipan Teman















Friday, June 25, 2010

Sanah Helwa Sahabat


Bismillahirrahmanirrahim..
Istimewa ku dedikasikan entri kali ini buat seorang insan yang pernah menghiasi hari-hariku suatu ketika dahulu, sentiasa bersama dan terlalu akrab sehingga tiada yang mampu menjarakkan kami. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmatNya kepada dirimu wahai sahabatku walau kini hanyalah tinggal memori antara kita, setiap pertemuan itu pasti diiringi dengan perpisahan, ku redha atas kehendakNya. Eid milad yang ke-23 pada keesokan hari 26 Jun 2010, izinkan aku sisipkan untukmu dalam journal digitalku ini. Pertemuan yang bagai kerdip mata begitu pantas sekali di atas dasar aqidah dan kita kini masing-masing perlu meneruskan perjuangan dalam menuntut redha Ilahi... Ku doakan buatmu kebahagiaan, kejayaan serta kecemerlangan di dunia dan di akhirat... Mudah-mudahan diampuni umur2 yang telah berlalu, diberkati umur2 yang bakal mendatang… Amiin ya Rabbal 'Alamin...




Moga diriku masih lagi ada dalam sebutan doamu..

Thursday, June 24, 2010

MUHASABAH DIRI

Sesiapa yang menghisab dirinya sebelum dihisab maka akan diringankan hisabannya di akhirat kelak serta didatangkan jawabnya ketika disoal dan keelokan tempat kembali. Sebaliknya, sesiapa yang tidak menghisab dirinya maka berkekalanlah kedukaannya dan panjanglah hisabnya di Hari Pembalasan.

Justeru, hendaklah kita bermuhasabah dan menyoal diri kita sendiri, adakah kita akan terlepas daripada dihisab? Oleh itu segeralah bermuhasabah sebelum terlambat. Sebagai panduan Imam Al-Ghazali telah menetapkan beberapa marhalah atau peringkat untuk bermuhasabah seperti mana berikut:

Marhalah Pertama : Al-Musyarothoh
Pada peringkat ini kita mengenali bahawa diri itu adalah diri kita sendiri dan hati itu adalah hati kita. Di tangan kitalah terserah segala amalan baik dan buruk. Ketahuilah bahawa membaiki diri adalah dengan amalan yang soleh manakala kerosakan diri adalah berpunca daripada maksiat dan kejahatan.

Marhalah Kedua: Al-Murokobah
Intai-intailah diri sewaktu mengharungi amalan dan perhatikanlah dengan mata hati. Sekiranya kita mendapati bahawa diri kita telah melanggari hak-hak Allah lantas melakukan maksiat terhadapNya maka segeralah bertaubat dan baikilah diri dengan mentaati segala suruhan dan laranganNya.

Marhalah Ketiga: Al Muhasabah
Apabila seorang hamba itu menghisab dirinya pada akhir waktu, adakala rutin seharian yang dilalui dipenuhi dengan ketaatan. Justeru, sewajarnya hamba itu memuji Allah, berdoa dengan penuh kesabaran dan thabat atas perkara tersebut. Sekiranya kehidupan seharian hamba itu dipenuhi dengan maksiat dan dosa maka hendaklah dia berhenti, mencela dan menegah dirinya daripada mengulangi apa yang telah dilakukan sebelum itu.

Marhalah Keempat: Al-Muakobah
Amaran dan tegahan untuk tidak melakukan dosa dan maksiat tidak memadai sekiranya tidak diiringi dengan iqab/ denda yang zahir agar iqab itu menjadi penolak dan penghalang kepada dosa atau maksiat yang telah dilakukan. Diriwayatkan daripada Saidina Umar al-Khattab telah mendera dirinya sendiri kerana meninggalkan solat Asar berjemaah dengan menyedekahkan tanahnya yang bernilai 200 ribu dirham. Manakala sesetengah ulama’ pula mewajibkan diri dengan berpuasa selama setahun, berjalan kaki untuk menunaikan haji dan sebagainya bertujuan untuk menta’dib dan mentarbiah diri agar tidak mengulangi tegahan Allah Taala.

Marhalah Kelima: Al-Mujahadah
Sentiasa berwaspada, bermuhasabah, melaksanakan iqab dan bermujahadah dari masa ke semasa dan beramallah dengan amalan-amalan yang dikhendaki oleh Allah Subhanahu Wataala dengan bersungguh-sungguh supaya tidak future di pertengahan jalan.


Bersama-samalah kita bermuhasabah serta sentiasa mengingati hala tuju dan persediaan kita untuk berhadapan dengan Hakim yang Maha Agung di Padang Mahsyar nanti. Adakah hari yang kita lalui kini lebih baik daripada semalam? Semoga kita semua diredhai Allah dan ditempatkan bersama hambanya yang solihin. Amin….

Tuesday, June 15, 2010

Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dan ingin saya kongsi bersama anda semua...

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...





Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.



Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...





Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...



Hitler bersama syeikh Amin al-Husainiy



Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...


Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Tuesday, June 1, 2010

Mengenang Jasa Guru


Mengapalah hati ini,
di manakah salahnya?
Aku ada guru, dia telah berjasa padaku
tetapi cintaku padanya tidakpun ada
Guruku tidak ada pun di hatiku, di manakah salahnya?
Sepatutnya guru patut dicintai dan diingati
Mereka ada jasa padaku, sepatutnya aku terhutang budi
Sepatutnya aku ingat selalu
Sepatutnya aku doakan mereka selalu
Agar Tuhan mencucuri rahmat dan
memberi keampunan kepada mereka
Sepatutnya setelah mereka kembali kepada Allah,
tanda kasih kepadanya aku sepatutnya menziarahi
keluarga mereka
Tetapi aku tidak pun mencari, aku tidak pun bertanya - tanya
di mana keluarganya?
Agar aku dapat berbuat baik kepada mereka
Sebagai membalas kebaikan dan mengenang jasa guruku
yang telah memberi aku ilmu
SepatuIngatanku kepada guru lebih-lebih lagilah terus kulupakan
Aku sedih sebenarnya mengapa terjadi begini?
Di manakah salah silapnya?
Silap akukah atau silap guru?
Apakah berlaku kesilapan kedua-duanya?
Aku baik sangkalah dengan guru, yang silap aku sebenarnya
Maafkan aku wahai guru-guruku
Aku selama ini telah melupakanmu
Jasamu sungguh banyak kepadaku
Tidak sepatutnyalah aku melupakanmu
Ampunkanlah aku wahai Tuhanku karena kesilapanku ini
Ampunlah dosa-dosa guruku dan cucurilah rahmat ke atasnya
karena jasa mereka kepadaku
Di waktu aku menulis ini aku menangis wahai Tuhanku
Kalau aku tidak memberitahu pun Engkau memang tahu
Aku menangis karena sedih,
tidak sepatutnya aku melupakan guruku yang telah berjasa padaku
Tidak ada jalan lain untuk menebus kesilapanku ini
Melainkan aku doakan mereka
Allahummaghfirlahum warhamhum wa’afihim wa’fu’anhum

Amin

Tuesday, May 18, 2010

Apa erti 16 Mei!!!

Salam blogger kembali daripada Perindu. Aduhaii!!rindunya kat teratak Bicara Rindu,syukur berpeluang lagi jenguk ke sini walau tak sekerap sebelum ni. Hmm, dalam tak sedar rupanya dah hampir berminggu-minggu teratakku sepi tanpa sebarang entry terbaru…di mana silapnya??entahla, tapi rasa macam normal kot bagi insan-insan yang seacuan denganku yang peluang menghabiskan masa cuti bersama family hanya pada waktu2 tertentu sahaja, de question here..we must use so wisely, don’t be too greedy……ish, patut jemari rasa janggal semacam jer bila menyentuh keyboard, idea pun dah mula membeku tapi belum capai tahap kritikal lagi la.…anyway, I’ll try my best for this entry, hope enjoy urself…


Kembali pada tajuk entry kali ni, apa erti 16 Mei?? apa sebenarnya yang tersembunyi di sebalik tarikh tersebut? Apa yang diraikan dan diagung-agungkan?Hakikatnya, seluruh negara berbangga dan menghormati tarikh keramat yang menjadi simbol kepada kehormatan dan kemuliaan seorang insan. Dia dianggap insan hebat kerana mampu menjadi agen perubahan di saat masyarakat kaku dengan kehidupan sendiri. Dia dilihat insan luar biasa yang penuh keanehan dan menjiwai sifat-sifat halus berbekalkan titis-titis ketabahan, keikhlasan, keyakinan yang dipupuk dengan baja kewajaan. Tidak kenalkah kalian pada dia? Di saat kalian rebah dan memerlukan tempat pergantungan dialah pengganti ibu dan ayah, di saat kalian sunyi dan tiada arah hendak dituju dialah pengganti seorang teman yang utuh mendampingi, di saat kalian dihantui rimbunan masalah dialah pendengar setia pengganti kanselor hebat….Siapakah dia?wahai sahabat, dialah guru..hanya guru biasa….tapi jangan kita lupa, kerananya kita jadi luar biasa. Di kesempatan yang ada, izinkan diri ini mengucapkan selamat hari guru kepada semua para pendidik mahupun bakal-bakal pendidik, jasa & pengorbanan kalian disanjung tinggi tak termampu untuk dibalas, cukup bernilai tiada tandingan.


Sebagaimana Hamka pernah berkata: “Seorang guru, baik guru mengaji atau guru di sekolah atau seorang guru yang hanya sekali kita temui tetapi kita beroleh pelajaran daripadanya, semuanya adalah jasa tidak dapat dibalas dengan harta benda”. Demikianlah tinggi dan mulianya martabat guru kepada setiap manusia. Peribahasa Melayu mengingatkan kita “Berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi,”. Guru bagaikan ibu bapa kepada murid atau pelajar. Kalau ibu bapa kandung memberi tempat tinggal, pakaian dan makan minum, guru pula memberikan ilmu, didikan, budi dan akhlak serta membentuk kepandaian dalam kehidupan.


Persoalan yang ingin ditimbulkan di sini ialah adakah sama antara guru pada masa kini dengan mereka yang bergelar guru 10,20 tahun lepas dari segi kualiti, kepribadian, personaliti dan ilmu yang dimiliki? Adakah guru pada zaman sekarang benar-benar memahami tanggungjawab dan amanah besar yang dipikul atau sekadar makan gaji buta dan memenuhi waktu lapang yang ada? Tepuk dada tanya minda, bukan mengikut kata hati semata-mata. Terserah kepada kita untuk menentukan mana hala tuju kita yang sepatutnya. Jangan sekali-kali sempitkan minda dan meletakkan batasan yang tidak sewajarnya. Hanya guru yang berkualiti sahaja mampu melahirkan pelajar yang berkualiti. Guru yang bagaimana dikatakan sebenar guru?? Harus difikirkan dengan penuh kesedaran….Kerana menjadi guru bukan suatu tugas yang mudah.


Teringat Perindu kepada Ustazah Khalijah salah seorang pensyarah Fakulti Pendidikan UKM di mana kata beliau yang cukup dalam tafsirannya bahawa semua orang boleh bekerja sebagai guru tetapi tidak semua yang boleh menjadi guru…kerana guru adalah guru… Pemilihan tema hari guru yang sama dengan tahun sebelumnya iaitu Guru Pembina Negara Bangsa adalah berdasarkan peranan guru yang menjadi harapan bagi memastikan pembentukan jati diri pelajar yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat . Pelajar-pelajar akan menjadi warganegara yang berfikiran global dengan tidak mengesampingkan ciri-ciri tempatan justeru mampu bersaing dengan kepesatan dan 'kesesakan' dunia luar. Kecekapan dan keberkesanan peranan guru menerusi sistem pendidikan mampu membina negara bangsa yang berjaya. Tema ini bermatlamatkan hasrat untuk memperkasakan peranan guru dalam mewujudkan pembangunan dan modal insan.


Hakikatnya, seorang guru akan dipanggil guru selama-lamanya. Meskipun seseorang guru itu sudah bersara, panggilan cikgu akan tetap kekal digunakan kenalan sebagai jasa martabat pendidik sepanjang hayatnya.
W’alam.

Friday, April 16, 2010

1'st Paper...blur vs entah pe2..

16 hb 4 2010
Pembangunan Insan & Kewarganegaraan
Dt. Abdullah M. Salleh
3.30-5.30 pm



-Tetiba jd blur, tak pernah ku alami..hu6, cm berada dlm dunia asing sesampai je kt dlm dewan, no entah kemana, pandang kiri n kanan smua wajah2 yang tak ku kenali, Subhanallah cam de sesuatu y bakal terjadi, mtk jauh dr perkara buruk saat2 cmni ya Allah........bila tiba time mnjawab, krts jwpn OMR pnuh ku hitamkan,wlau de 2,3 soklan yang mmg mengkonpiuskan tapi mudah2an senjata M16 yang jauh ku import ni kena pd sasaran....semuanya berjalan lancar,ye ek????.......tp penat bukan kepalang bila msuk soklan sbjektif..tercunggap2 kjar masa,kalah atlet olahraga aku kerjakan lau diajak lumba kt trek,hehe...kepelikan still ku rasa...pe taknya,tengok orang len rileks jer, de yang siap blh termenung lg ingat kat makwe, blum lg crita psl y syok buat peta kat meja..1 peta atlantik dia lakar, nasibla sape dpt meja tu lpas ni...isn't I should be kind to others??absolutely..huhu....berbalik cite kite plak,adoiii!!!dh habis air tebu diperah, hampas jer keluar...mengarang esei banyak point nak kena masukkan,huraian lagi....tgok jam,alamak!!!!dh dekattttttt tuuuupp...tulisan dh jd cakar harimau,entah Tuan Hj leh baca ke tak ni...peluh kt bdn ush cerita la.....hanya diri ini y merasai kebasahannya..tepat pda waktu, ku akhiri jua meletakan noktah terakhir pada pena penulisan wlau hatiku tak merelakan...yeala, lau ikutkan jantung pisang abu n semua pisang kt dunia ni banyak lagi yang nak ku ayatkan.....pe kan daya,relakan jua...kaki trus kluar bjalan lemah longlai, bila ketua pengawas buat announcement....tp keanehan ttp ku rasa...nape member2 y len msh setia di bangku msg2??hmm,mgkin tak nak bg lorong2 "Maut" ni jame kot..tu psal bg laluan kt hamba yang berjiwa kerdil ni n beberapa mmber yang lain menyeberangi jejantas ni terlebih dahulu...takpela, perjalanan diteruskan jua ngn bwk sekali hati yang luluh....moga de keajaiban disebalik pe yang berlaku.......dah berusaha, tawakkal jer la skarang...kluar je pintu tetiba de junior sapa dr belakang,"Amboi bos, awal kluar...kan de 45 minit ag tu"... jeng je jeng!!!!!!! Mak OOOOOOOiiiiiiiii!!! ni ke keajaban y ku tunggu2 tuuuuu....... ku blur,blur n terus blur............the ending of story, blah...uhuk333...

- ngah bwk mtor, fkiran trus mlayang..fikir y bukan2...cmne leh jd cmni???patutla td tggu bkn men lama utk msuk dewan....btul2 lupa y paper arini 2 jam, kesihan my fren tpksa kuar awl jgk td bila nmpk klibat ku mlintasinya....takut pembonceng tggu lama kt luar, tu yang penonggeng ikut kluar sekali...pe2 pun de importnt here is learn to do anything too step by step, not urgent,right? ouchhh,21 hb ni paper paling paling KILLER!!!! must be more crefully, taknak tea ais tumpah untuk kedua kali....
- Banyak hikmah tersembunyi.....kdg2 kite kena fikir ngn mata hati,bkn men hentam y kt dpn mata jer.....ku akur...well,the biggest mistake in life is constantly worried about making mistakes. Put your face look towards the sun, there would be no shadows from the bitter experience was to extract out. To face the past with the least remorse. Face of the present with the least waste. Up to face the future with dreams.

Wallahua'lam

Tuesday, April 13, 2010

Feel so really want to cry...

Astaghfirullah, tak adil untuk ku menyiksa diri begini. Mana mungkin aku tewas sebelum sempat berjuang, apatah lagi kalah pada perasaan sendiri. Got too much thing to think of. Sometimes, I just said to myself ignore the past but how could I do like that? that is the hardest, isn't it?? Yes it is one of the hardest things to do. Uhh!!!fikiran makin berkecamuk, helaian nota dan soklan past year seolah sekadar menghangatkan suasana musim examku. I’m getting tired and need somewhere to rest my mind…but where??sampai kapan?? Tawarnya hati ini, kakunya jemari membatukan diri di kamar sepi. Hakikatnya, jasad ku still like usually but my soul feel unusually, berlagu sendu ibarat mengayatkan balada 80an. Makin meronta-ronta meminta sesuatu, ku tak terdaya, losing my strength… I know I’m not very fortunate like other people, having all the thing that they want. But it’s hard for me to think that there are other people who are more unfortunate than me…..Alhamdulillah…Bila dipejam mata, tetiba seraut wajah sugul mula menjelmakan bayangan…aku rindukan wajah tua itu, ku ingin memeluk dan melepaskan sepuasnya tangisan di bahunya, izinkan aku merasai bebanan dan meredakan kesakitannya, ku ingin melihat bibirnya yang dihiasi senyuman bukan kelat pekat menahan kesakitan…namun tak terjangkau dek kudrat yang ada untuk melangkaui alam nyata…Ayah, anakmu di sini, walau merenung langit yang sama namun kakinya tak sampai untuk berlari mengejar langkahanmu duhai ayahnda….Maafkan diri ini, tak mampu berada bersama tika saat dirimu memerlukan bayanganku menemani harimu….bukan kerelaan diri ini, Sungguh..bonda tahu segalanya, pemegang kunci pada rahsia pintu yang tersembunyi…ku hanya akur pada tuntutan bonda.. Detik ini, hanya wangian doa kesejahteraan sahaja yang mampu ku kirimkan buatmu…., moga dalam lindungan Ilahi..Mimpi sama mungkinkah berulang lagi, memanggil aku singgah ke jendela waktu lalu. Lately rasa seolah semua benda linked to each other… Ya Allah, if U want it to be, nothing can predict it not to be. But if U deny it, no one can make it really happen…I hope on U, Allah..only U can help me..confort my sadness, my worry,my soul n my heart…..bring it back aside Ur way… almost all like nothing to me…I really want to regret all the thing I’ve done …..

Hmm, tetiba hati kecil ini teringatkan sesuatu. Bangun dari tilam yang empuk, menggapai sebuah buku. Helaian muka surat terakhir ku belek, mata khusyuk tertumpu pada susunan bait2 ayat hasil tulisan tangan yang cukup ku kenali….jernihan manik putih deras terasa di pipi, bila dihayati nota itu sepuasnya, ombak rindu makin menghempaskan sisa butiran pasir lalu ke muka….


“ Adikku **** tersayang, walau tak lama kita knal umpama dah bertahun kita kenal…berukhwah kerana Allah beginilah perasaannya..setiap pertemuan pasti ada perpisahannya..ku harap perpisahan kita ini perpisahan yang diredhai demi melaksanakan tanggungjawab kita sebagai khalifah di bumiNya…Walau susah, payah, duka mahupun derita ingatlah Allah selalu ada bersama kita..Allah ma’ie, Allah naziran ilayya, Allah syahidi…luv u 4ever.. ”


Inshaallah kak, syukran coz tinggalkan adikmu hadiah tak ternilai harganya……hujan malam bagai memahami perasaan yang gundah gelana…Dalam masa yang sama, aku kehilangan……baru ku sedar akan kehilangan anugerah itu, sedikit sebanyak buat diri longlai, n mungkin jugak kekuatan hilang puca seketika…entahla… Baru semalam bersamanya, tapi kini dia pergi lagi dan hilang dari pandangan buat kali kedua, atau mungkin selamanya….Adakah benar katanya, pertemuan akan menyusuri lagi??kita manusia, tidak mampu menolak sebarang kemungkinan yang melanda…

hmm, makin touching bila tetiba terdengar lagu nyanyian Feelhoney…… lagu ini, khusus ku tujukan padanya….


Dulu kau berdiri bersamaku dan


saling mengukir janji


bahwa kau kan selalu ada disini


susah senangku bersama kau tempuhi


ku hargai




kini kau dimana


meninggalkan ku sendiri tak berdaya


pesanmu padaku janganlah bduka


jangan menangisimu bila kau tiada


ku mencuba..




air mata pun jatuh ke pipi


mengingkari janji yang ku beri


kisah cinta sahabat sejati


tak berakhir bila engkau pergi


sahabatku kau kan kurindui


kerna kau takkan kembali




walau kau disana


namun doaku kan selalu bersama


maaf kernaku tak pernah tuk berkata


bahwa kaulah teman yang paling sempurna


yang ku ada..


Tapi benarlah kata pujangga yang hidup ini, takkan indah n takde nikmatnya andai tanpa ujian yang datang….at least, kita dapat rasa smua pahit manis dan mampu menjadikan diri makin dekat pada Allah yang satu….moga diberi kekuatan…..

SEE WHAT'S HAPPENING IN DENMARK !!!


















Denmark is Loosing
Great News Hope you all know about the Denmark newspaper who made fun of our holy Prophet PBUH and till now they do not regret. Let us make them regret for good. The Danish Ambassador, Prime Minister an d Denmark National Channel, all are trying to do something just to stop the boycott by Muslims since last month through which their losses have reached 4 billion Euro. If we continue to boycott Denmark products 7 months more it could reach around 80 billion Euro's loss. Believers do not let this message stop in your PC. Can't u spare 15 minutes in order to spread this message among Muslims. ASAP? REMEMBER THE PROPHET (SAW) MIGHT ASK YOU ON THE DAY OF JUDGMENT, “WHAT DID YOU DO WHEN THEY MADE FUN OF ME”? HOW DID YOU DEFEND ME”?
Any products with barcode no. starting with 57 are Danish made Products. Please convince all Muslims to circulate this to Muslim ummah to ban Danish made products.