Tuesday, July 20, 2010

….DIA….


Wsalam.Mshaallah,dugaan..send kat blog ye ape2,nt akak cuba muatkan..ckap ngan dorang jgak, if nt race nk blajar ckp ye..kot ada ruang J


Jgn sdey2 ye. Byk shukur ats ksmptn bsama wlu hnya skejap kan…Mg ukhwah kta brkekalan. Indah sgt memori brsama…L


Alfun mabruk shbatku,J Allah izinkan ukhti mlepasi sgalanya..Moga ceria n tenang2 selalu….


Ya Ukhtil kariimah. Mg redha Allah sent brsama kita JJBittaufiq wannajah ye..


Ya Allah…la yukallifullah nafsan illa wus’aha..byk2 doa ye..

.........................................................................................................................................


Berulang kali ku renung bait-bait mesej pendek yang pernah dikirimnya suatu ketika. Walau hari berganti siang dan malam silih melabuh tirai, ungkapan mesej yang sama tetap ku tatap seolah-olah baru sahaja menerimanya, walau cukup ringkas but so meaningful for me apatah lagi jika dikenangkan kembali tentang “dia”. Terasa bagai baru semalam gelak tawa dan tutur kata bergema di telinga, menceriakan suasana dan membahagiakan mereka sekeliling…Cukup ku hargai kehadirannya walau keakraban sebenar hanya mula bercambah sesaat akhir di bumi pengajian. Sengaja ku titipkan entry kali ni khusus buat dirinya, kasihnya adik buat seorang kakak, ikhlasnya hati untuk bersahabat apatah lagi bila dipertemukan dengan insan sebaik dirinya. Indah sungguh berukhwah andai semuanya kerana Allah, senang diungkap dengan basahan lidah namun sukar diterjemahkan kembali dalam perilaku harian jika diri berseorangan tanpa bantuan teman sefikrah.



Dia yang ku kenali, bukanlah sesiapa. Bukan niat mengagungkan kerana dia juga yang diciptakan, tetapi sebagai bukti mahalnya kasih dan cinta dalam persahabatan. Mata memandang sama tapi bagiku ada beza. Dia gadis biasa namun tak serupa. Walaupun bukan selalu bersama, mengutus perkhabaran melalui sms sudah menjadi biasa. Dalam tak sedar banyak perkara yang mula ku pelajari selama mengenal dirinya. Wajah yang tenang, berperwatakan tegas tapi cukup baik hati membuatkan diri disenangi ramai. Bersamanya pernah kami melakar kuntuman bunga warna-warni kebahagiaan, bertanyakan pandangan dan nasihat serta melalui detik-detik sukar. Terima kasih buat dirinya kerana sehingga saat ini kami “adik2” masih lagi diberi kesempatan dan penghargaan untuk merasai kasih sayang dan memilikinya sebagai sahabat dan kakak sama seperti sebelum ini.



Ku akui, hasil nurkilan pena bukanlah tandingan bagi menceritakan kembali gugusan semalam yang telah berlalu bagai semanis madu. Semalam 19 Julai, tepat jam 1200 berangkatlah dirinya sebagai srikandi daei terbang ke negeri bawah bayu menyahut lambaian dan janji, menaburkan segala bakti pada benih-benih gersang yang sedia lama menanti. Walau berat kaki melangkah pergi, namun memikirkan tanggungjawab dan amanah besar tergalas di bahu perjalanan kan akur diteruskan. Siapa yang tidak gembira, bila saudaranya bahagia dan mencapai apa yang dihajatinya selama ini, begitulah jua diriku dan teman seperjuangan. Alhamdulillah, senyuman masih lagi terukir di bibir di saat mengkhabarkan dunia barunya, menterjemahkan suasana biah yang cukup sebati dengan jiwa tulusnya.



Apa lagi yang ku harapkan darimu sebagai teman, melainkan agar dirimu sentiasa bahagia dan bersyukur atas kurniaanNya, walau jauh diri melangkah ingatlah kami yang masih di sini, wajah-wajah yang pernah hadir dalam harimu satu masa lalu. Moga Allah memberkati kita dan memanjangkan jodoh pertemuan antara kita untuk bersahabat selamanya walau jarak dan masa menjadi pemisah. Ku kirimkan doa dari kejauhan agar dirimu diberi kekuatan hadapi apa jua rintangan, istiqamah dalam perjuangan serta dijauhkan daripada sebarang ketidakinginan.. Biarlah jauh di negeri orang, tapi masih bumi tuhan. .



Tiada yang hebat selain Allah sebagai pelindung diri untuk menjaga dan memeliharamu walau jauh dari pandangan insan-insan terhampir. Pergilah dirimu sahabat menggenggam sebutir azam, mendidik anak bangsa dan pulanglah dirimu bersama rimbunan pengalaman dan tambahan ilmu di dada. Sungguh, kepulanganmu di hari bersejarah nanti adalah hadiah tak ternilai buat kami, insan yang kan selalu menyayangi dan merinduimu…Moga diberkati Allah selalu..

1 comment:

  1. teringat pd sahabat lama..:'( masihkah ada ruang n peluang utk bersama lagi..hm..

    ReplyDelete