Friday, February 26, 2010

Bila Hati Menghadap Tuhan..

Bila hati menghadap Tuhan
baruku sedar banyak kelemahan
terasa kerdil berbanding YANG ESA
baruku terfikir betapa agungnya TUHAN


Kenapa mudah menangis kerana manusia?
kenapa terlampau sukar menangis kerana berdosa
dengan TUHAN?
di manakah TUHAN di hati aku?
di manakah TUHAN di hati aku?di manakah TUHAN di hati aku?


Kenapa mudah bersedih dek manusia?
lupakah kamu manusia itu makhluk juga?
kenapa terlampau sukar bersedih kerana buruk lakumu
dengan TUHAN?


Tidak malukah kamu,
membuat pinjaman tak ternilai banyaknya dengan Tuhan,
nyawa kamu,nafas kamu,deria kamu,
immuniti kamu,sihat kamu,fikiran kamu,sahabat kamu,
keluarga kamu,masa kamu,bahagia kamu,makan kamu,
kenderaan kamu,tempat berteduh kamu,pengetahuan kamu,
tapi kamu masih tewas pada nafs sendiri.


Hati ini perlu sensitif dengan-Nya
perlu sensitif..
perlu sensitif..
seandainya tiada,
kau perlu malu,
kerana kau memang manusia tidak berhati.

No comments:

Post a Comment