Friday, March 19, 2010

Akukah itu...........

Salam kembali di jurnal rindu…
Alhamdulillah, Jumaat kunjung tiba lagi. Bagai tak terasa pantasnya masa meninggalkan kita. Dalam tak sedar rupanya hanya tinggal sebulan lebih jer lagi masa yang ada untuk Perindu dan teman-teman mencedok ilmu di perbukitan UKM. Sayu hati, bila kenangkan kembali (cam lirik lagu jer) saat-saat yang telah berlalu suka dan duka, bangun jatuh, pahit dan manis semuanya tersimpul rapi menjadi satu ikatan memori buat diri Perindu. Alamak, dah mula nak berpuitis. Biarlah, kan ku biarkan dunia imaginasi itu berputar sendiri, tercalit bersama jejak langkahan sebenarku… Deringan nokia kelabu mengejutkan lamunan yang hampir tergulung indah dalam dunia persinggahan baru itu. Mesej dari bongsu ku baca perlahan-lahan dan buat diri kaku seketika, syukur ku panjatkan buatMu Ya Allah moga semuanya dalam keadaan seperti biasa. Sungguh, hati kecil ini masih belum kuat untuk menerima sebarang kemungkinan walau hakikatnya semua itu tidak mustahil terjadi. Aku berserah, akur atas semua kehendakMu. Jam menunjukkan tepat pukul 7.20 pagi, biasanya waktu begini di pagi Jumaat Perindu telah lama siap berpakaian untuk ke kuliah tapi kali ni, kuliah dibatalkan. Rajinla pulak iyea?? Pun begitu, minda ku dah lama haru biru mengenangkan projek, tugasan dan kerja-kerja sampingan yang terbengkalai. Nampaknya, hari ni takde masa untuk landing lebih-lebih kat tilam empuk, apatah lagi untuk merayap keluar kampus menikmati panorama luar biasa. Akan ku cipta sejarah hidupku hari ini, cuba mencari kelainan dari kebiasaan. Tepat jam 9.20 pagi, perlahan ku atur langkah bersama sorang teman. Bergalaskan beg sandang yang entah siapa mampu menduga beratnya tak terkata, kaki terus dihayung menuju ke Bus stop. Bagai mimpi di subuh hari, tetiba terpanggil untuk menjadi salah seorang penumpang di dalam kenderaan panjang yang sudah cukup mewah bagi sesiapa yang bergelar pelajar. Saat-saat akhir daku di kampus tercinta ini, kan ku hargai dan nikmati setiap yang ada selagi diri termampu. Sengaja kami keluar awal dari jam sepatutnya, untuk memberi kesempatan pada diri menyudahkan kertas kerja dan projek lain. Masa yang ada bagaikan tidak memadai melihatkan nota-nota dan word yang tidak habis bertaip lagi. Alhamdulillah, mujur dikurniakan sorang insan di sisi yang cukup serasi dalam banyak perkara, terasa kuat bila melihatkan semangatnya yang bagaikan tak pernah pudar. Maintain dengan sikap kelakarnya, ramah dan punya pelbagai ragam luar biasa. Syukran Hajjah,untuk semua… teruskan sikapmu begitu, kerna ia menyenangkan sesiapa. Apa2 hal pun, daku mengerti kau juga punya rasa gundah gulana, jauh terselit cuba kau sembunyikan. Itulah fitrah makhluk bergelar manusia wahai sahabat, moga kita istiqamah dalam kebaikan. Sesi perbincangan berjalan seperti biasa, terasa sedikit lega bilamana satu tugasan hampir berjaya diselesaikan, inilah lebihnya kerja secara berkumpulan tapi apa yang penting sikap keterbukaan dan tanggungjawab itu paling utama. Kalau tak, buatlah apa pun takkan menjadi. Betul tak?? Prinsip Ribena, time main kita main, time jalan-jalan kita keluar sampai malam, time study sama-sama kena steady, time kenakan orang bagi kat Perindu dah cukup..hehehe….
Sambung balik, setianya kami di laman PTSL hingga ke pukul 4.45 petang, selepas meminjam waktu seketika menunaikan tanggungjawab sebagai abid di surau lama PTSL. Perindu mencuri waktu menikmati suasana di anjung surau. Bibir mengucap sesuatu bilamana mata terpandangkan sekujur tubuh di hadapan. Rasa kerdilnya diri, melihatkan ciptaan tuhan yang teramat istimewa. Ku pandang teliti tingkah lakunya, iya…dia memang berbeza…cukup berbeza, malah terlalu istimewa. Tanpa bantuan kedua belah tangan, dia masih setia tersenyum walau juga tanpa pandangan. Maafkan aku wahai teman asing, kerna mencuri dengar kata-kata bisikan yang kau lontarkan dalam doamu. Bukan sengaja, tapi hatiku teruja dan terpanggil untuk menyelami isi hatimu. Hati ini tersentuh lagi, bila dirimu mengungkitkan satu persatu buih-buih kesalahan yang tak sengaja dilakukan oleh dirimu di hadapan Yang Maha Esa. Sedangkan pada penafsiranku, ianya bukanlah apa-apa. Biarlah ku rakam secara peribadi dan simpan dalam-dalam keluhuran katamu itu, moga jadi azimat buat diri. Betapa mulianya hatimu sahabat, kudusnya ruh imanmu, membuat aku kembali mencermin diri. Insan yang sesempurna fizikal sepertiku sungguh teramat banyak lubang-lubang kecacatan yang tak tertampung dek iman yang tak seberapa. Dalam langkahan yang payah itu, walau tiada siapa yang menjadi penemanmu sebagaimana aku yang sentiasa dikelilingi teman, kau tetap bangkit menyusun atur perjalanmu, masih teruja mengaut mutira ilmu dan cabang-cabang iman kau teguhkan dengan keyakinan teguh pada Dia yang satu. Biarkan dunia memandangmu tak seberapa, namun di sisi Tuhan kau lebih segalanya. Sesudah itu, aku bangkit mengatur langkah membawa diri sedang fikiran menerawang entah kemana, kaki laju menuju ke tempat persinggahan yang di situ ada wajah setia menanti kelibat suramku. Walau persekitaran berubah, namun perjuangan hari ini kena teruskan juga. kosongnya perut sudah dialaskan dengan beberapa tongkol keropok lekor Terengganu dan sebotol mineral water sebelum masing-masing mempersiapkan diri ke surau tadi. Itu yang membuatkan diri masih mampu bertahan. Bila dipandang kanan dan kiri, wajah-wajah sekeliling bertukar ganti datang dan pergi, tinggallah dua bayangan insan yang masih kaku di bangku tepian sana. Tepat jam 5 petang masing-masing berkejaran di sebalik lautan manusia, khuatir terlepas kenderaan panjang. Hakikatnya, hari ini adalah membawa kelainan buat diri Perindu. Mungkin bagi yang lain melihat tiada istimewanya entry kali ni. Andai kalian berada di tempat Perindu, baru kalian sedar betapa istimewanya Jumaat ini… Alhamdulillah wa syukrulillah, masa ku terjaga, tugasan siap bertaip, ukhwah sesama teman Ribena bertaut mesra, dan yang paling penting…Ditemukan PENAWAR dari Ilahi dalam waktu kegetiran melanda jiwa seorang insan yang merindukan sesuatu. Bersama muhasabah diri, menjahit sejadah iman yang lusuh terkoyak.

Wallahu’alam…..


No comments:

Post a Comment