Sunday, March 14, 2010

Menangislah diri…

Egokah aku untuk semua yang berlaku selama ini. Mengapa hari demi hari hati ini makin hambar, tiada sensitiviti terhadap kekacauan sekeliling. Bukan sengaja ku tidak mengendahkan, apatah lagi menyakitkan hati seorang insan. Hakikatnya, aku juga yang tersepit dan sering dipersalahkan. Ruang dan peluang telah lama ku buka, mengapa tidak dipersoalkan. Biarlah, selama ini ditahan dan cuba sembunyikan rasa itu. Namun, hari ini aku kalah. Siapalah diri, melainkan terlalu lemah andai kesorangan. Akar kekuatan sudah makin tidak mampu menampung bebanan ini. Biarlah, aku menangis sepuasnya. Hujan jernih ku biar laju mengatur rentak. Ingin aku lontarkan sebak itu, keluarkan kepahitan tersembunyi. Biarlah hati ku terpujuk sendiri. Orang kata, menangis itu melemahkan emosi, lebih lagi buat seorang lelaki. Sedangkan mereka lupa, aku dan mereka yang menangis juga makhluk hidup. Makhluk yang perlu mengungkapkan isi hati dan perasaan, makhluk yang ingin hilangkan kesedihan. Sedarlah dunia, tangisan yang aku lahirkan bukanlah tanda kelemahanku, tapi luahan bebanan yang tersimpan dalam batinku. Sesungguhnya, mengapa perlu malu untuk menangis dalam situasi yang perlu? Menangislah hati, kerna hanya hati yang merasai…..

Sedikit perkongsian info berkaitan “ Tangisan Dari Sudut Perubatan“:

1. Menyahkan zat berbahaya dari tubuh badan. Menangis merupakan kaedah semulajadi untuk mengeluarkan zat-zat kimia yang berbahaya daripada tubuh manusia. Zat-zat kimia ini dihasilkan oleh tubuh ketika dalam ketakutan.

2. Meningkatkan kadar degupan jantung. Ianya dianggap sebagai latihan yang berguna bagi rongga badan, urat-urat dada dan kedua belah bahu. Selepas menangis, kadar degupan jantung kembali perlahan sehingga menimbulkan perasaan yang amat tenang.

3. Menghalang penyakit. Satu kajian oleh University Temple, USA kepada 100 orang yang menghidap penyakit radang usus besar dan luka pada perut dan 100 orang yang sihat. Hasil kajian mendapati semua pesakit yang menghidapi penyakit tersebut mengatakan bhawa menangis adalah tanda lemahnya peribadi, maka mereka memilih untuk memendam rasa hati mereka. maka bagi mereka yang tidak menghidap sebarang penyakit mengatakan menangis adalah sesuatu yang semula jadi jika dilakukan pada waktu dan untuk tujuan yang sesuai.

4. Membebaskan racun dari badan. Arthur Frank, ilmuan Amerika berkata, “Oleh sebab air mata berfungsi mengeluarkan unsur-unsur beracun dari dalam tubuh, maka menahan air mata beerti membiarkan tumbuhnya racun secara perlahan-lahan. Secara fitrahnya perempuan lebih cenderung untuk menangis berbanding kaum lelaki, maka secara umumnya usia hidup mereka lebih panjang berbanding usia lelaki kerana perempuan membebaskan banyak racun dalam tubuh melalui tangisan”. Air mata mengandungi 25 % protein. Kajian para saintis mendapati selain mengandungi 25% protein, ianya juga mempunyai satu bahagian daripada zat terutamanya magnesium.


Sebagai orang Islam, tidak seharusnya kita menangis melulu tanpa sebab yang sepatutnya terutama dalam kes meratapi kematian dan sebagainya. Biarlah menampakkan perbezaan antara agama Islam dan penganut agama lain. Menangislah kita dalam situasi tertentu seperti :
  • Menangis mengenangkan dosa-dosa lalu dalam taubat memohon keampunan Allah swt
    Kerana takutkan azab-azab Allah pada hari akhirat kelak


  • Ketika khusyuk dan sujud kepada Allah swt


  • Mengalirkan air mata ketika berjumpa dengan sahabat atau saudara yang telah lama terpisah. Juga dalam keadaan terputusnya ukhwah islamiyyah


  • Menangis ketika melihat kemenangan tentera Islam melawan tentera kuffar


  • Setelah mendapat redha kedua ibubapa


  • Melihat agama Islam diinjak-injak dan dihina oleh musuh2 Islam atau undang-undang Allah diketepikan.


  • Mengalir air mata seorang ayah melihat keadaan anaknya yang sakit, dia meminta pertolongan si kaya namun si kaya enggan membantunya dengan alasan


  • Menangis bila melihat keadilan dianggap sebagai tindakan yang memalukan dan penindasan dianggap undang-undang.


Wallahua'lam....

No comments:

Post a Comment